Saya adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasaraya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11/01/2012 lebih kurang pukul 3 petang pihak pengurusan telah membuat mesyuarat diantara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut pengurus kami ada menyatakan seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah menghina makananya.
Apa yang membuat kami terkejut pengurus kami berkata, kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikut adat sangat. Yang bermasalah adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tidak boleh nak pegang sangat lebih baik saya cari juruwang bukan Melayu. Selepas ini saya tidak mahu kamu memegang daging babi beralaskan plastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati berlaku sekali lagi, saya akan tukarkan juruwang kepada bukan Melayu.
Berikut adalah sebahagian daripada surat yang ditulis oleh salah seorang juruwang yang menjadi mangsa keadaan. Hanya kerana ingin menjaga hati pelanggan, maka soal hukum diketepikan. Gua cadangkan agar pengadu tersebut adalah lebih baik mencari pekerjaan lain dari terpaksa memegang daging babi secara tidak berlapik. Ianya bukan soal kita tidak menghormati makanan mereka, tetapi mereka juga perlu paham agama kita yang mencegah kita daripada memegang benda yang haram. Jangan hanya mengejar duit gaji yang tidak seberapa kita sanggup menghalalkan cara.
Jika Hassan Ali seorang ADUN sanggup melepaskan jawatan sebagai EXCO kerana tidak sanggup berhadapan dengan kemungkaran di Selangor, inikan kita hanya bergaji RM1000.00 sahaja. Insayallah rezeki ada di mana-mana.
sumber: Facebooker

No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.