Sunday, January 22, 2012

DEDAH!!! LAGI LAMAN PORTAL GAY SOKONG ANWAR IBRAHIM!!!

Laman Portal Gay Thailand


http://www.dragoncastle.net merupakan satu laman portal yang memperjuangkan seks bebas iaitu gay. Berikutan keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari, seluruh dunia memandang dan memuji sistem kehakiman negara Malaysia. Namun selepas rayuan yang dibuat oleh mangsa kepada liwat tersebut iaitu Saiful telah diterima oleh peguam negara, maka ramailah berpendapat bahawa Anwar Ibrahim telah menjadi mangsa kepada politikus di Malaysia.

Anwar baru-baru ini yang memberi kenyataan melalui BBC iaitu undang-undang seks songsang di Malaysia adalah undang-undang yang lapok. Anwar Ibrahim begitu lantang untuk memperjuangkan seks sesama jenis di Malaysia sehinggakan begitu banyak pihak luar yang turut berjuang untuk seks sesama jenis ini menyokong penuh kenyataan Anwar. Anwar Ibrahim juga meminta untuk kerajaan Malaysia mengkaji balik undang-undang seks sejenis di Malaysia agar individu yang berhak perlu dijaga. Ringkasnya, Anwar akan terus perjuangkan seks sesama jenis di Malaysia.

Inilah bukti kehebatan Anwar yang terus mendapat sokongan dari pihak luar yang selama ini perjuangkan Human Right atau seks bebas. Lagi AIDC melaporkan dengan terperinci berkaitan ini.


p/s: Doakan kebenaran berpihak kepada Saiful Bukhari.

1 comment:

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.