UMUM mengetahui bahawa PM Najib telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan memberikan masa tiga bulan kepada pihak terbabit untuk membuat semakan serta penilaian semula dan dalam masa yang sama PM menjelaskan agar Penjawat Awam (PA) jangan bimbang dengan gaji yang didakwa tidak adil dimana kumpulan JUSA dan premier mendapat gaji yang terlalu tinggi dan tidak seperti dalam pembentangan bajet 2012 lalu.
Walaupun SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Jan 2012 ditangguhkan sebagaimana pengumuman PM, namun kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) disini menimbulkan persoalan banyak tandatanya dan apakah sebenar yang dimaksudkan dengan para 1 dan 10 kenyataan media KSN tersebut. Siapakah yang dimaksudkan tidak terjejas dan tidak menjadi kurang baik itu?
PM Najib mengumumkan penangguhan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui termasuk PM Najib sendiri bahawa berdasarkan 'khabar baik' yang bertiup kencang bahawa pegawai-pegawai tinggi seperti Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti Pelajaran, Kerjaraya, Kesihatan, Peguam Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha (KSU-KSU) yang dengar ceritanya seramai 36 orang telah menandandatangani opsyen terima SBPA, 1 Jan 2012 lalu gaji mereka telahpun dinaikkan hampir 100% berbanding SSM. Mereka langgar arahan PM?Jadi apa ertinya penangguhan yang PM Najib maksudkan itu sedangkan sudah ada perompak yang menyamun di siang hari?
Contohnya, jika dulunya mereka yang gaji hakiki SSM tidak termasuk elaun-elaun RM12 ribu menjadi RM19 ribu sebulan. Mereka ini kemudiannnya dibersarakan (exit policy) atas skim SBPA dan dimasukkan dalam skim Premier dengan gaji pokok RM35-RM65 ribu sebulan mulai 2 Jan 2012.
Dalam keadaan diarah bersara 'paksa' pun bawah SBPA walaupun berkhidmat hanya satu hari sahaja mereka ini layak untuk dibersarakan umpama mereka berkhidmat sehingga 60 tahun dan pencen mereka akan dikira mengikut mata gaji akhir pada umur 60 tahun.
Contohnya jika mereka berumur 56 tahun, mereka dianggap bersara umpama bekerja sampai 60 tahun. Jika gaji mereka kini hanya RM19 ribu dan pada umur 60 tahun adalah RM25 ribu, mereka akan pencen dengan gaji akhir RM25 ribu, lebih kurang pencen sebulan RM12 ribu jika kita andaikan kiraan 50% daripada gaji akhir.
Itu belum diambil kira gratuiti yang melebihi RM500 ribu dan golden hand shake iaitu ganjaran gantian cuti rehat yg tidak diambil sepanjang perkhidmatan awam. Jika ini betul, maka satu penjelasan atas kewajaran ini perlu dibuat kerajaan.
Dengan pencen dan gaji baru skim premier antara RM35-65 ribu sebulan belum termasuk elaun-elaun tetap, betapa sungguh bertuahnya mereka! Dalam keadaan ramai pakar ekonomi mengandaikan bahawa Malaysia bakal bankrap 2019 jika trend perbelanjaan kerajaan kekal seperti sekarang dan bilangan kakitangan awam tidak dikurangkan, kita pula membuat tindakan yang sebaliknya. Kerajaan kurangkan (istilah jumud dipakai dalam PA) kakitangan awam untuk kurangkan belanja tetapi menaikkan gaji segelintir yang kemudiannya menyebabkan belanja lebih tinggi daripada sebelumnya pula jadinya.
Dalam keadaan rakyat selalu mengeluh terhadap kelemahan sistem penyampaian kerajaan yang diketuai oleh 'premier' ini namun kerajaan tetap memberikan habuan tinggi pula kepada mereka. Bagi JUSA pula yang dianggarkan dalam 2 ribu orang, kenaikan mereka jika betul diteruskan juga akan mendapatkan kenaikkan gaji hampir 100%.
Yang menjadi persoalannya, jika PM telah buat keputusan tangguh mengapa gaji yang dibayar pada 16 Jan masih gaji SSM dan baki beza akibat kenaikan gaji dalam skim SBPA dibayar pada 31 Jan? Adakah bermakna SBPA ini sebenarnya tidak ditangguhkan? Adakah penangguhan ini hanya `ayat wayang’ untuk menjaga kepentingan 'premier' yang telah berkuatkuasa mulai 2 jan 2012 dan jika SBPA betul-betul ditangguhkan, maka hilanglah semua habuan yang mereka idam-idamkan itu. Dan jika ini keadaannya, siapa sebenarnya yang ingin kerajaan jaga?
PRU 13 adalah kritikal bagi Kerajaan BN. Kalau sebelum ini, KSN, KPPA dan KSU-KSU yang bersara berpeluang untuk dilantik menjadi Pengerusi mana-mana GLC atau badan-badan berkanun sebagai pengiktirafan Kerajaan kepada mereka dan sebab itulah mereka tidak ambil kisah dengan pencen yang kecil. Tetapi senario kini berubah, jika PR yang memerintah, adakah mereka berpeluang?
Maaf cakaplah. Bodoh sangatlah, jika PR hendak lantik mereka yang telah gagal laksanakan tugas hingga menyebabkan BN tumbang. Persoalannya, adakah SBPA ini pelan 'menguruskan kekalahan' setelah mereka gagal 'menguruskan kemenangan'?? Jika PR memerintah nanti dan ingin memecat mereka, rasanya mereka dengan senang hati akan bersara kerana 'persediaan awal' bernama exit policy SBPA telah disediakan.
Kita bukan menghalang transformasi kerajaan malah kita amat menyokong apa yang PM ingin laksanakan namun perkara yang baik mesti kelihatan baik dan tidak mempunyai muslihat terselindung.
Jika pegawai bentang pada cabinet semestinya semua mempunyai objekitf yang baik dan begitu juga SBPA. Agaknya jika ditanya PM, SBPA ini akan membolehkan mereka yang tidak berprestasi tinggi dikeluarkan melalui - exit policy, tentulah PM setuju.
Jika pegawai kata SBPA ini membolehkan bakat terbaik memasuki perkhidmatan awam melalui skim gaji baru, tentulah PM setuju. Jika pegawai beritahu pada kabinet, bahawa kesihatan rakyat Malayisa telah meningkat dan boleh bekerja hingga umur 60 tahun dengan dibentangkan data-data untuk menyokongnya, tentulah kabinet setuju. Tetapi adakah PM dan kabinet tahu atau diberitahu semua perinciannya?
SBPA yang dikatakan ditangguhkan akan dikaji oleh satu task force diketuai bekas KPPA, Ismail Adam. Ada juga pihak berkata SBPA ini berdasarkan kajian perunding swasta luarnegara dan dikatakan pula, bekas KPPA adalah penasihat kepada firma perunding berkenaan. Setakat ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika betul, tentulah ada isu conflict of interest disitu dan sudah tentu juga penasihat akan memastikan atau menyokong hasil kajian firma berkenaan.
Mengapa tidak dilantik KPPA, Abu Bakar untuk mengetuaitask force itu?Mengapa disingkirkan beliau? Adakah KPPA sudah tidak boleh diperrcayai ataupun gagal? Apa agenda KSN dalam isu ini? Kita pun ingin tahu SBPA ini dikaji mula bila? Zaman bekas KPPA Ismail Adam atau Abu Bakar? Atau ini satu tindakan sabotaj KSN terhadap KPPA sekarang untuk memberikan imej buruk kepada KPPA dan kerajaan?
Semua orang tahu antara KSN dan KPPA mereka ini tidak 'sekepala', tidak sehaluan. Masalah penjawat awam akan selesai sekiranya kedua-dua mereka ini letak jawatan! KSN cukup marah dengan KPPA bila PM sebut tentang isu pool@cold storage pegawai-pegawai kerajaan kononnya itu datang daripada KPPA yang berpakat dengan salah seorang pegawai PM dan sebagai membunuh kepercayaan PM terhadap KPPA, SBPA dijadikan alat membalas dendam. Hasilnya difahamkan PM cukup kecewa dengan Abu Bakar sedangkan ada lagi orang lain mengkhianati PM. Barangkali ini juga antara punca Abu Bakar tidak dilantik mengetuai Jawatan Kuasa untuk buat semakan SBPA itu?
Dan siapa sebenarnya yang mendapat manfaat sebenarnya drpd SBPA ini?Sama-sama kita fikirkan atau ada pihak yang berpegang pada "Jangan ambil kesempatan tetapi ambil mana yang sempat" sebelum BN tumbang PRU13 akan datang.
Sumber : SanggahTokJanggut
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.