Wednesday, January 25, 2012

NFC: TAHNIAH @PapaGomo !!! AUDIT PLEASE WAKE UP!!

Mangsa Fitnah oleh PKR


Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

"Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat," kata Ambrin.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.

Kemelut tercetus setelah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin mendakwa berlaku penyelewengan dana pinjaman dan pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut turut mendakwa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 dari dana yang diperuntukkan bagi membayar hutang kad kredir pada tahun 2009.

Walaubagaimanapun, NFCorp menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat terhadap syarikat milik persendirian tersebut. NFCorp turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta dimasukkan kedalam akaun syarikat itu sebelum perjanjian berkenaan ditandatangani.

Sumber KL POS


GOMO: Selama tiga bulan pihak National Fiedlot Coporation berhempas pulas menjelaskan dan menafikan tuduhan liar dari pihak pembangkang dan sekarang bila 3 bulan diaibkan seluruh keluarga yang mana mangsa utamanya adalah Dato Seri Shahrizat Jalil maka pihak Audit Negara mula tampil menjelaskan keadaan yang sebenar.

Ini lah satu masaalah yang sebenarnya perlu diberi perhatian oleh Kepimpinan Dato Seri Najib Razak yang mana pekara yang sebegini telah menyebabkan satu keluarga menjadi mangsa aib fitnah dari pembangkang dan ditambah pula dengan penambahan cerita cerita sadis dari kalangan UMNO dan BN sendiri.

Bagaimana sebuah badan Audit yang berpengalaman telah melakukan salah taksiran mengenai pusat Nasional Fiedlot Kebangsaan dan juga National Fiedlot Coporation? Apakah dalam hal ini terdapat agen agen liar pakatan pembangkang yang sebenarnya sedang siap sedia untuk mengkuburkan Barisan Nasional pada PRU13 kelak?

Bayangkan selama 3 bulan D.S. Shahrizat Ketua Wanita UMNO diaibkan sebegitu rupa. National Fiedlot Coporation pula yang mana dimiliki oleh Suami D.S. Shahrizat dan anak anak beliau telah difitnah dengan begitu kejam sama sekali tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Dari awal kami segelintir para Blogger telah berhempas pulas menjelaskan pekara ini kepada rakyat namun tampa sokongan dan kenyataan jelas dari pihak berkenaan maka ianya menjadi duri dalam daging buat kami membersihkan nama Shahrizat Jalil ketua Wanita UMNO Malaysia.

Gomo pinta agar pihak AUDIT NEGARA yang BANGANG menjelaskan seberapa segera mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan minta pihak Audit Negara membuat permohonan Maaf secara terbuka kepada Syarikat National Fiedlot Coporation dan seluruh keluarga D.S. Shahrizat Jalil yang difitnah sebelum ini angkara kesilapan Audit Negara menyamakan National Fiedlot Kebangsaan dengan National Fiedlot Coporation.

Psssttt... Bayangkan 3 bulan sebuah keluarga diaibkan begitu hebat sama sekali angkara kesilapan Audit tersalah tafsir.... Sewel...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Good Job!! Gomo!!

TG86: Gua dah lama tidak lepak dengan gomo ni. Tapi apapun setiap penulisan gomo gua akan terus sokong. Segala idea yang bernas dan kritikan yang pedas samada terhadap juak PR mahupun UMNO itu sendiri menjadikan gua tabik sama lu gomo. Gua amat yakin, setiap yang bathil itu akan jatuh gomo dan yang hak akan berdiri dengan izin Allah. Kita berjuang bukan kerana wang tetapi setiap tulisan kita ini adalah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa terutama Melayu Islam.

Bukan mudah untuk peperangan dalam menangkis isu atau dakyah fitnah juak PR, tetapi yakinlah ianya pasti akan terjawab dengan sendiri. Anwar bukan malaikat dan Anwar bukan Tuhan untuk menentukan untung nasib rakyat Malaysia. Rakyat bukan buta untuk menilai yang mana intan atau permata. Yang jelas Anwar bukan permata dan juga bukan intan, Anwar hanyalah syaitan bertopengkan manusia. Teruskan daya juang anda papagomo. Gua blogger murahan akan terus sokong dan sokong selagi hayat dikandung badan. Gua doakan gomo dan keluarga serta blogger yang lain terus diberi rahmat dalam perjuangan alam maya.


Ini Fakta bukan Auta!! Sah Anwar Ibrahim!!


p/s: Gomo bila nak belanja gua minum?

2 comments:

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.