About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, October 20, 2015

Lim Kit Siang Bakal Digantung?


1. Hari kedua persidangan parlimen dilihat semakin panas apabila Tan Sri speaker terpaksa menegur kelakuan beberapa ahli dewan yang tidak memahami tafsiran peraturan dewan secara jelas.

2. Teguran yang dibuat panjang lebar oleh Tan Sri speaker menyebabkan perbahasan terpaksa dilengahkan sementara bagi memberi laluan kepada speaker dewan untuk membuat beberapa teguran berikutan kes yang melibatkan Puchong, Segambut dan Gelang Patah.

3. Seperti biasa, pembangkang akan mencari ruang dan peluang untuk membina persepsi kepada masyarakat luar kononya speaker dewan berlaku tidak adil di dalam dewan. Perkara seperti ini bukanlah luar biasa bahkan menjadi agenda utama pembangkang dalam setiap kali persidangan dewan.

4. Berikutan itu, Lim Kit Siang mengambil tanggungjawab untuk membina persepsi buruk itu dengan menuduh Tan Sri Speaker telah sabotaj perbahasan usul yang melibatkan 1MDB dan juga usul undi tidak percaya terhadap YAB Pekan yang akan dibuat oleh Permatang Pauh.

5. Tuduhan jahat Lim Kit Siang ini telah mula disebarkan oleh media lidah rasmi pembangkang dengan harapan persepsi buruk ini berjaya dibentuk dalam pemikiran masyarakat luar. 

6. Namun, speaker dewan yang terkenal dengan ketegasan beliau tidaklah begitu bimbang sebaliknya mengambil tindakan dengan mengeluarkan arahan supaya Gelang Patah menarik balik tuduhan keras dan palsu yang telah dibuat oleh beliau.

7. Seperti semalam, PAS tidak lansung mengambil bahagian sebaliknya wakil PAN seperti Shah Alam dan Parit Buntar bangun untuk membantah tindakan yang dibuat oleh speaker terhadap Gelang Patah. Apakah PAS secara diam menyokong tindakan speaker dewan ini? 

8. Lim Kit Siang (Gelang Patah) bakal berhadapan dengan penggantungan sebagai ahli mesyuarat jika tidak menarik balik tuduhan yang beliau lemparkan kepada Tan Sri Speaker dewan. 

9. Tindak tanduk MP pembangkang yang gemar menjadikan dewan mulia ini seperti pentas ceramah umum tidaklah luar biasa kerana inilah cara yang terbaik untuk mereka dilihat hero kepada rakyat.

10. Penulis menjangkakan terdapat banyak skrip drama yang telah dirancang oleh pembangkang  untuk untuk mereka pentaskan sepanjang sidang parlimen ini berjalan.

11. Sidang dewan penggal ke tiga ini digunakan oleh pembangkang secara maksimum untuk memburukkan imej kerajaan BN bukanya untuk berbincang tentang rang undang-undang demi kepentingan rakyat.

12. Penulis mendoakan semoga Tan Sri Speaker dewan terus istiqamah dan kuat untuk mempengerusikan mesyuarat yang dianggotai oleh MP yang pelbagai kerenah.

4 comments:

Anonymous said...

Pemimpin tertinggi pembangkang secra sengaja mahu diri mereka digantung dari menghadiri persidangan kerana (mungkin) tidak mahu terlibat dalam undi usul tidak percaya terhadap PM dan mungking juga mereka tidak mempunyai isu serius yang mahu dibentangkan dalam parl;imen selain membuat huruhara

Anonymous said...

Bila masa wakil rakyat ni buat kerja? Dah jadi wakil rakyat banyak penggal pun masih bodoh. Dah letih dengan gelagat ahli politik Malaysia yang tak tahu bila nak berpolitik dan bila nak bertugas sebagai wakil rakyat. Kebanyakkanya hanya pandai berpolitik tetapi tak pandai bekerja. Sampai bila perkara ni akan terus berlaku? PRU 14 rakyat perlu bijak membuat keputusan samada memilih ahli politik atau wakil rakyat.

Anonymous said...

Ahli Parlimen pembangkang di Malaysia sememangnya politikus yang terbaik tetapi bukan seorang pemimpin yang bagus. Rakyat perlukan pemimpin bukanya politikus yang berpolitik 24 jam.

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK