About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, October 30, 2015

Masih Ingat Skandal Seks Azmin Ali? Jom Baca Pendedahan Ini.



Pemimpin yang paling agung dan disanjung oleh juak PR. Inilah pemimpin yang paling bermoral di mata puak PR. Pemimpin ini sememangnya layak di angkat sebagai pemimpin Islam dunia.




Juak PR sanggup bergadai harta dan nyawa demi mengangkat pemimpin seperti gambar di atas. Bagi puak PR, langkah memperjuangkan pemimpin di atas ini adalah jihad di jalan Allah.








Monday, October 26, 2015

Tugas AMANAH Promosi DAP. Dakwa PAS.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Parti Amanah Negara (Amanah) telah mempromosikan DAP apabila mengangkat Lim Guan Eng sebagai tokoh dalam misi menawan Putrajaya.
Ahli Kuala Nerus itu berkata sebagai parti Islam, PAS mempunyai prinsipnya sendiri dari segi pemilihan pemimpin atau ketua negara.
“Pertama saya nampak memang parti serpihan PAS ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng.
“Kita (PAS) dalam kaedah Islam, ada prinsip kita, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam…sebab ia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan menteri yang bukan Islam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.
Katanya, masyarakat harus tahu tentang kaedah ini dan PAS sama sekali tidak akan memainkan isu pemimpin bukan Islam diangkat sebagai tokoh.
“PAS tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain.
“Saya tidak merasakan orang Islam akan menyokong (DAP), Melayu tidak akan menyokong DAP kerana DAP dilihat tidak menyokong isu-isu Islam, tidak memberikan sesuatu yang positif.
“Ahli-ahli Parlimen DAP, saya tidak nampak mereka mesra pada Islam,” katanya.
Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis bersama pimpinan Pakatan Harapan di Klang, malam Ahad.
Ketika majlis itu, Salahuddin turut mengakui bahawa tidak ada jaminan untuk Amanah bertanding atau menang dalam pilihan raya akan datang tetapi demi perjuangan menyelamatkan negara, mereka sanggup ‘cari susah’ apabila bertindak meninggalkan PAS yang juga berada dalam keadaan susah.
Mengulas kenyataan ini, Khairuddin berkata Amanah bersikap lemah semangat dan ia tidak sepatutnya ditunjukkan oleh seorang ahli politik.
“Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi DAP dengan serpihan PAS ini, saya yakin mereka tidak ada kekuatan di peringkat akar umbi,” katanya.
Mengenai sokongan terhadap PAS, beliau berkata pihaknya menerima sambutan hangat daripada orang ramai walaupun beberapa pemimpinnya beralih kepada Amanah.
“Ahli-ahli PAS pun semakin bersemangat dan ramai golongan atas pagar dan ahli Umno sendiri tidak bersama Umno bahkan bersama PAS,” katanya.
-mStar

Saturday, October 24, 2015

Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.


Pembentangan belanjawan 2016 yang dibuat oleh YAB Pekan hari ini telah mendapat perhatian oleh kebanyakan pihak. Banyak persoalan yang telah terjawab khususnya elemen GST yang selama ini menjadi isu hangat dalam politik negara.

GST dilihat menjadi faktor penyelamat kepada belanjawan yang dicadangkan oleh pihak kerajaan berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil apabila kebanyakan harga komoditi negara mengalami kejatuhan beserta nilai matawang negara yang jatuh.

Namun, pengumuman belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh YAB Pekan tidak menggambarkan yang negara Malaysia diambang muflis seperti mana yang telah dihebohkan oleh pihak pembangkang selama ini.

Thursday, October 22, 2015

#Belanjawan2016 Soal Hidup Mati @NajibRazak?


1. 23 Oktober 2015 (Jumaat) jam 4.00 petang pastinya ramai rakyat Malaysia yang akan berada di depan kaca TV untuk menyaksikan siaran lansung pembentangan belanjawan 2016 oleh YAB Pekan Najib Razak.

2. Semua pihak tidak kira samada kumpulan penjawat awam mahupun swasta, pekerja atau penganggur, mahasiswa atau lain-lain sudah tentu mengharapkan sesuatu bakal diperolehi daripada belanjawan 2016 itu nanti.

3. Barangkali, sudah ada penjawat awam yang sedang membuat kira-kira tentang bonus yang mungkin akan diumumkan oleh YAB Pekan esok hari. Semoga impian kalian menjadi realiti.

4. Apapun, rakyat perlulah realistik dalam membuat penilaian tentang belajawan esok. Ini belanjawan negara bukanya belanjawan rumah tangga atau belanjawan peribadi. 

5. Bila menyebut ini belanjawan negara, tentunya ia melibatkan skop agihan belanja yang begitu luas. Perubatan, pendidikan, pertahanan, pertanian, korporat, pengangkutan dan pelbagai sektor yang perlu diambil kira.

6. Ianya tidak adil jika kita akan menghukum kerajaan hanya kerana belanjawan yang bakal diumumkan esok tidak menyentuh secara terus kepada diri kita secara peribadi. 

7. Penulis percaya, agihan perbelanjaan dalam bajet 2016 ini sangatlah mencabar untuk diselaraskan tambahan pula dengan kejatuhan harga minyak, keadaan ekonomi dunia yang meleset dan terbaru nilai matawang negara yang tidak begitu stabil.

8. Namun, kemungkinan besar peranan GST akan sedikit sebanyak membantu negara dalam mengurus belanjawan 2016 melalui hasil negara yang diperolehi daripada kutipan Good and Services TAX.

9. Kemungkin besar belanjawan yang bakal diumumkan oleh Najib Razak esok bukanlah berbentuk populis untuk meraih sokongan rakyat terhadap beliau, tetapi sebagai PM yang juga economist, belanjawan esok mungkin bersifat realistik mengikut kepeluan semasa negara dan dunia.

10. Penulis yakin, selesai pembentangan belanjawan esok, Najib Razak akan dihentam kiri dan kanan samada oleh pihak pembangkang mahupun pihak yang mahukan Najib berundur.

11. Barangkali bajet esok akan lebih tertumpu kepada borneo Sabah dan Serawak yang realitinya perlu diberi perhatian oleh YAB Pekan. 

12. Belanjawan esok pada hemat penulis bukanlah penentu kepada hidup mati YAB Pekan sebagai seorang PM, tetapi beliau lebih tertumpu kepada hidup atau mati sebuah negara Malaysia yang sedang ditekan dan diserang oleh kuasa besar dalam bentuk ekonomi.

13. Moga belanjawan 2016 memberi sinar kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat. GOOD LUCK YAB Najib Razak.

Wednesday, October 21, 2015

Ahli Parlimen PAS Sokong Dewan Gantung Lim Kit Siang?


1. Hari ini dewan rakyat kecoh apabila pihak kerajaan mengeluarkan notis usul pergantungan YB Gelang Patah berikutan tuduhan palsu yang beliau buat terhadap Tan Sri Speaker Dewan.

2.  Notis usul tersebut menyebabkan beberapa MP pembangkang seperti Shah Alam, Parit Buntar, Bukit Mertajam dan Batu Gajah bangun mencelah untuk mempertahankan YB Gelang Patah.

3. Seperti biasa, insiden ini diambil peluang oleh media lidah pembangkang untuk memberi gambaran bahawa Tan Sri Speaker seorang yang "double standard".

4. YB Gelang Patah tetap berkeras untuk tidak menarik balik tuduhan palsu ke atas Tan Sri Speaker yang melibatkan 1MDB.

5. Notis usul yang dikemukan oleh YB Pengerang dilihat tidak mengikut prosedur berdasarkan notis amaran yang dikeluarkan oleh Tan Sri Speaker pada 20 Oktober 2015.

6. Walhal itu hanyalah sekadar pemberitahuan usul pergantungan yang tidak memberi apa-apa makna sehinggalah tempoh tarik balik tuduhan YB Gelang Patang terhadap Tan Sri Speaker berakhir.

7. Pemberitahuan usul itu telah menjadikan MP Pembangkang melatah dan minta YB Pengerang hormati kuasa speaker walhal dalam tempoh 2 hari sebelum ini MP Pembangkang juga tidak hormat kuasa speaker.

8. Pergaduhan ini panjang lebar berlaku tetapi MP PAS tidak lansung mengambil bahagian dalam pendebatan notis pemberitahuan usul pergantungan tersebut. Apakah PAS menyokong jika dewan gantung Gelang Patah?

9. Tahniah YB Pengerang atas pemberitahuan usul pergantungan yang dikemukakan. Paling tidak MP pembangkang boleh minta semua ahli dewan hormat kerusi speaker yang mana selama ini merekalah juga yang tidak hormat kerusi speaker dewan.

10. Jerat sudah terkena maaaa.....


Tuesday, October 20, 2015

Lim Kit Siang Bakal Digantung?


1. Hari kedua persidangan parlimen dilihat semakin panas apabila Tan Sri speaker terpaksa menegur kelakuan beberapa ahli dewan yang tidak memahami tafsiran peraturan dewan secara jelas.

2. Teguran yang dibuat panjang lebar oleh Tan Sri speaker menyebabkan perbahasan terpaksa dilengahkan sementara bagi memberi laluan kepada speaker dewan untuk membuat beberapa teguran berikutan kes yang melibatkan Puchong, Segambut dan Gelang Patah.

3. Seperti biasa, pembangkang akan mencari ruang dan peluang untuk membina persepsi kepada masyarakat luar kononya speaker dewan berlaku tidak adil di dalam dewan. Perkara seperti ini bukanlah luar biasa bahkan menjadi agenda utama pembangkang dalam setiap kali persidangan dewan.

4. Berikutan itu, Lim Kit Siang mengambil tanggungjawab untuk membina persepsi buruk itu dengan menuduh Tan Sri Speaker telah sabotaj perbahasan usul yang melibatkan 1MDB dan juga usul undi tidak percaya terhadap YAB Pekan yang akan dibuat oleh Permatang Pauh.

5. Tuduhan jahat Lim Kit Siang ini telah mula disebarkan oleh media lidah rasmi pembangkang dengan harapan persepsi buruk ini berjaya dibentuk dalam pemikiran masyarakat luar. 

6. Namun, speaker dewan yang terkenal dengan ketegasan beliau tidaklah begitu bimbang sebaliknya mengambil tindakan dengan mengeluarkan arahan supaya Gelang Patah menarik balik tuduhan keras dan palsu yang telah dibuat oleh beliau.

7. Seperti semalam, PAS tidak lansung mengambil bahagian sebaliknya wakil PAN seperti Shah Alam dan Parit Buntar bangun untuk membantah tindakan yang dibuat oleh speaker terhadap Gelang Patah. Apakah PAS secara diam menyokong tindakan speaker dewan ini? 

8. Lim Kit Siang (Gelang Patah) bakal berhadapan dengan penggantungan sebagai ahli mesyuarat jika tidak menarik balik tuduhan yang beliau lemparkan kepada Tan Sri Speaker dewan. 

9. Tindak tanduk MP pembangkang yang gemar menjadikan dewan mulia ini seperti pentas ceramah umum tidaklah luar biasa kerana inilah cara yang terbaik untuk mereka dilihat hero kepada rakyat.

10. Penulis menjangkakan terdapat banyak skrip drama yang telah dirancang oleh pembangkang  untuk untuk mereka pentaskan sepanjang sidang parlimen ini berjalan.

11. Sidang dewan penggal ke tiga ini digunakan oleh pembangkang secara maksimum untuk memburukkan imej kerajaan BN bukanya untuk berbincang tentang rang undang-undang demi kepentingan rakyat.

12. Penulis mendoakan semoga Tan Sri Speaker dewan terus istiqamah dan kuat untuk mempengerusikan mesyuarat yang dianggotai oleh MP yang pelbagai kerenah.

Monday, October 19, 2015

Panas!! DAP dan PKR Bergaduh di Dewan Parlimen.

Mana ahli parlimen PAS?

1. Alhamdulillah. Sidang dewan rakyat hari pertama dilihat berjalan dengan lancar walaupun dijalankan di dewan negara berikutan dewan rakyat dalam proses baik pulih.

2. Komitmen kehadiran ahli parlimen baik dari pihak pembangkang dan kerajaan pada hari pertama ini boleh dipuji kerana dewan hampir penuh.

3. Seperti biasa, diruangan lobi parlimen pastinya akan dipenuhi oleh rakan-rakan media yang setia menanti mana-mana ahli parlimen untuk mendapatkan berita-berita yang terkini.

4. Tahniah juga buat pegawai-pegawai kerajaan yang telah diarahkan bertugas ke parlimen bagi mewakili kementerian dan agensi masing-masing kerana bersungguh-sungguh memberi komitmen atas dasar amanah yang dipikul.

5. Usul yang paling hangat dibahaskan dalam parlimen hari ini ialah usul yang melibatkan perlantikan Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) yang mana telah mencuri tumpuan banyak pihak.

6. Seperti biasa, dipihak pembangkang isu ini akan menjadi "killer point" untuk mereka menyerang kerajaan agar mereka dilihat sebagai hero kepada rakyat. Walhal proses memilih pengerusi PAC adalah perkara biasa dan tidak perlu dipolitikan.

7. Apapun, tahniah diucapkan kepada YB Rompin yang telah dipilih sebagai Pengerusi PAC yang baru apabila majoriti dewan bersetuju menerima usul tersebut. Semoga amanah yang diberikan itu digalas sebaik mungkin tanpa kenal erti kawan atau lawan. Salah tetap salah.

8. Sedikit terkilan sepanjang berada diruang legar parlimen bila melihat ahli parlimen baik dari kerajaan mahupun pembangkang yang lebih banyak berada di luar berbanding di dalam dewan. Ini menyentuh soal integriti. Kalian dipilih oleh rakyat untuk bersidang di dalam dewan bukanya untuk bersembang diluar. 

9. Barangkali menjadi tradisi puak DAP (rujuk kes DAP Segambut dan Puchong) bersikap kurang ajar dalam dewan parlimen yang cuba menggangu proses penghujahan usul menyebabkan mereka diminta untuk keluar dewan. Apakah ini suatu permulaan kepada huru hara yang bakal mereka lakukan pada 23 Oktober ini?

10. Hari ini, ahli parlimen PAS seolah-olah tidak wujud kerana lebih suka berdiam diri dalam setiap usul yang dibahaskan. Apakah ini petanda yang PAS tidak memihak kepada Pakatan Pembangkang dan memihak kepada BN secara diam? Atau PAS memang kehilangan telur selepas wujudnya AMANAH?

11. Berhubung usul undi tidak percaya yang dibuat oleh YB PJS, kelihatan DAP dan PKR seolah-olah tidak sepakat menyebabkan berlaku pergaduhan kecil antara kedua-dua pihak menyebabkan usul tersebut telah ditarik balik oleh Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang.

12. Kebarangkalian sidang parlimen esok dan hari mendatang lebih panas dan bakal ada lakonan aksi dari pihak pembangkang termasuklah akan keluar dewan secara beramai untuk boikot sidang dewan rakyat. 

13. Apapun, pemerhatian penulis hari ini dapat membuat kesimpulan bahawa yang mendominasi pendebatan dipihak pembangkang adalah ahli parlimen DAP bahkan wajar jika penulis katakan bahawa Wan Azizah hanyalah ketua boneka yang tidak berfungsi.

14. Esok hari  kedua penulis akan berada di sana untuk jadi paparazi. Penulis nak snap gambar curi mana-mana ahli parlimen yang suka curi tulang.

Sunday, October 18, 2015

Ancaman Besar Buat Najib Razak?


1. Umum telah ketahui YB PJS yang mewakili pihak pembangkang telah membuat usul undi tidak percaya ke atas YAB PM berhubung isu RM2.6 Bilion menjelang sidang parlimen penggal yang ke tiga pada 19 Oktober 2015 nanti.

2. Usul tersebut disenaraikan usul yang ke.25 daripada 28 usul secara keseluruhan yang telah tersenarai.

3. Ada kemungkinan besar usul ini tidak akan dibahaskan dalam sidang parlimen penggal ke tiga ini berasaskan sidang parlimen yang sebelum ini kerana tempoh bersidang tidaklah begitu lama.

4. Kalaupun usul ini diberi ruang untuk dibahaskan, ianya mustahil mendapat sokongan 112 ahli parlimen untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap YAB PM Najib Razak berikutan pembangkang hanya memiliki 87 kerusi dalam dewan parlimen.

5. Secara kiraan matematik, YB PJS perlu meyakinkan 25 MP dari Barisan Nasional untuk turut serta menyokong usul tersebut supaya jumlah sokongan mencapai angka 112 iaitu majoriti mudah.

6. Mengambil kira  isu rombakan kabinet yang telah dilakukan oleh YAB PM baru-baru ini, ada kemungkinan besar mereka yang telah kehilangan jawatan kabinet akan memihak kepada pembangkang jika usul ke.25 ini dibahaskan. (andaian penulis).

7. Berkemungkinan 5 orang MP BN dalam senarai yang akan turut serta untuk menyokong undi tidak percaya kepada YAB PM. Siapa mereka? (just wait and see).

8. Jika benar andaian ini, beerti usul ini akan disokong oleh 92 orang ahli parlimen yang juga masih belum mencukupi angka 112. 20 MP BN harus dipancing oleh YB PJS secara serius.

9. 20 orang MP BN adalah sangat mustahil untuk dicari oleh YB PJS agar usul tersebut berjaya mendapat sokongan majoriti mudah. Tetapi...... "Cash Is King". Anything can happen!

10. Najib Razak hakikatnya berhadapan dengan satu ancaman yang sangat besar menjelang sidang parlimen penggal ke tiga ini. "Orang kaya diluar sana terlalu ramai yang mahu Najib Razak berundur". Apakah mustahil untuk orang kaya tersebut laburkan wang bagi memalukan Najib Razak? Segalanya tidak mustahil.