Monday, September 23, 2013

Proksi Anwar Dalam Kepimpinan UMNO.

Kita masih dalam tempoh bertenang. Siapa yang rasa mereka akan kalah tanpa mendapat sebarang undi, barangkali inilah waktu yang paling mulia untuk tarik diri. 

Saya amat gembira bila KJ ada pencabar untuk beliau pertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Malaysia bukan KJ yang punya. Kita bimbang perangai lama KJ kembali berulang jika beliau terus mempunya taring yang tajam.

Tidak perlu kita ungkit kisah empayar KJ dizaman Pak Lah kerana seluruh Malaysia tahu akan perkara tersebut.

Saya mendoakan agar pertandingan dalam merebut sebarang jawatan di dalam UMNO ini akan berlaku secara sihat. 

Jika ada mana-mana pihak yang merasakan cash is king, silakan, Tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Allah is King.

Anwar Ibrahim sememangnya bijak dalam berpolitik. Dalam DAP beliau susun orang beliau, dalam PAS beliau pasang proksi beliau, kini Anwar mengintai peluang untuk memasang proksi di dalam UMNO.

UMNO sukar untuk dihancurkan dari luar. UMNO hanya mampu digugat dari dalam.

Kepada semua perwakilan yang sayangkan UMNO, buatlah pilihan yang terbaik untuk meneruskan legasi perjuangan bangsa Melayu. Jangan tersilap langkah.

Raihan Sulaiman Calon Ketua Wanita UMNO Malaysia

Pastikan proksi Anwar tidak berada dalam kepimpinan UMNO Barisan Nasional.

1 comment:

  1. Dalam Pemuda dah ada proksi Anwar.
    Begitu juga dalam Majlis Tertinggi ... dah ada proksi Anwar.

    Pastikan orang-orang ini tidak terpilih.

    ReplyDelete

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.