Wednesday, September 25, 2013

Ketua Pemuda Perak Perlu Berpijak Bumi Nyata.


Kata orang kalau nak pakai baju kenalah ukur pada badan sendiri. Jangan jadi bangang, beli baju ukur badan orang lain kerana kita bimbang bajunya senteng ataupun labuh buruk bila dipakai.

Begitu juga dalam arena politik. Kalau mahu menjadi pemimpin, manusia itu perlu lihat kemampuan masing-masing. Jangan hanya semata-mata mahu mengejar jawatan sebaliknya gagal menjalankan tugas.

Pastinya orang Perak kenal dengan Azwan Ketua Pemuda Perak dan juga Pengurus PAFA ini. Sebelum itu maaf kalau tulisan saya ini menyinggung perasaan segelintir individu.

UMNO tidak menghalang mana-mana pihak ingin tawarkan diri bertanding merebut sebarang jawatan baik diperingkat negeri mahupun pusat.

Tetapi keterbukaan UMNO itu bukan bermaksud orang yang kurang siuman juga boleh menghantar borang pencalonan.

Seorang manusia yang rasional, mereka pasti akan menilai diri sendiri sebelum menawarkan diri menjadi pemimpin kerana mereka yakin bahawa jawatan ini adalah amanah bukanya habuan.

Sebaliknya ramai yang merasakan jawatan adalah habuan dan disebabkan itu mereka tidak perlu berpijak di bumi yang nyata.

Apakah Azwan ini sudah mengukur pada badan sendiri untuk menyarung jersi? Atau Azwan ini merasakan bahawa jawatan NKP adalah satu habuan yang perlu direbut.

Keputusan PRU13 Pasir Salak
Azwan juga adalah Ketua Pemuda UMNO/BN Pasir Salak. Saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang angka-angka yang terdapat dalam helaian mata di atas.

Jika Azwan seorang Ketua yang bagus di Bahagian, sudah pasti salurang 4,5 dan 6 tidak menjadi angka negatif. Azwan juga tidak boleh berbangga dengan kemenangan 48 undi pada saluran 7 dan 34 undi di saluran 8.

Saya tidak melihat satu kejayaan besar yang Azwan berikan pada bahagian beliau selaku Ketua Pemuda UMNO/BN. Belum lagi kita berbicara sumbangan beliau sebagai Ketua Pemuda Negeri.

Pendek cerita, tugas hakiki Azwan di Bahagian dan negeri beliau gagal, apa justifikasi yang beliau bawa untuk bertanding NKP peringkat pusat?

Keterbukaan UMNO hari ini bukan untuk memberi laluan kepada manusia yang gagal, tetapi UMNO melaksanakan transformasi untuk mencari yang terbaik dalam kepimpinan.

Saya tidak kata Azwan tidak layak, tetapi lebih ramai yang layak selain Azwan untuk menggalas tugas NKP Pusat.

Saya menulis bukan omong kosong, tetapi saya lampirkan keputusan PRU13 di Parlimen Pasir Salak yang mana kawasan dipertanggungjawabkan untuk Azwan berkhidmat.

Kalau saya keluarkan semua keputusan saluran orang muda seluruh negeri Perak, alamatnya Azwan bermimpi di siang hari.

"UMNO adalah wadah perjuangan tunjang orang Melayu, UMNO bukanya medan orang Melayu berbalah dan mengaut keuntungan".



Monday, September 23, 2013

Proksi Anwar Dalam Kepimpinan UMNO.

Kita masih dalam tempoh bertenang. Siapa yang rasa mereka akan kalah tanpa mendapat sebarang undi, barangkali inilah waktu yang paling mulia untuk tarik diri. 

Saya amat gembira bila KJ ada pencabar untuk beliau pertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Malaysia bukan KJ yang punya. Kita bimbang perangai lama KJ kembali berulang jika beliau terus mempunya taring yang tajam.

Tidak perlu kita ungkit kisah empayar KJ dizaman Pak Lah kerana seluruh Malaysia tahu akan perkara tersebut.

Saya mendoakan agar pertandingan dalam merebut sebarang jawatan di dalam UMNO ini akan berlaku secara sihat. 

Jika ada mana-mana pihak yang merasakan cash is king, silakan, Tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Allah is King.

Anwar Ibrahim sememangnya bijak dalam berpolitik. Dalam DAP beliau susun orang beliau, dalam PAS beliau pasang proksi beliau, kini Anwar mengintai peluang untuk memasang proksi di dalam UMNO.

UMNO sukar untuk dihancurkan dari luar. UMNO hanya mampu digugat dari dalam.

Kepada semua perwakilan yang sayangkan UMNO, buatlah pilihan yang terbaik untuk meneruskan legasi perjuangan bangsa Melayu. Jangan tersilap langkah.

Raihan Sulaiman Calon Ketua Wanita UMNO Malaysia

Pastikan proksi Anwar tidak berada dalam kepimpinan UMNO Barisan Nasional.

Monday, September 2, 2013

MB Kedah Terbaik!! Enakmen Anti Syiah Lulus.



Seluruh ummat Islam ahli sunni di Malaysia harus berbangga dengan keberanian MB Kedah Datuk Mukhriz dan rakan-rakan BN beliau yang menyokong sepenuhnya enakmen anti syiah diluluskan di negeri jelapang padi itu.

Sesungguhnya, mungkin dengan cara begitu kita mampu untuk menyekat perkembangan fahaman syiah yang semakin menular di dalam negara kita seperti di bawa oleh segelintir pemimpin PAS.

Sudah pasti ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan Mukkhriz ini, tetapi kami ahli sunni ini tetap menyokong penuh enakmen ini.

Persoalannya, kenapa ada 9 ADUN PR yang tidak sokong dengan enakmen anti syiah ini? Barangkali, merekalah yang mahukan syiah ciptaan yahudi ini disebarkan di bumi Malaysia.

Semoga Allah terus melindungi kepimpinan BN di Kedah yang benar-benar mahu melindungi agama Allah dan sunnah Muhammad rasulullah saw.

Najib Razak juga harus berani sebagaimana kerajaan BN negeri Kedah dalam menegakkan yang hak menjatuhkan yang bathil.

KJ pula jangan hanya kuat nak mengampu Najib jer hingga sanggup bidas sesama bangsa tapi bangsa lain diangkatnya KJ.