Sunday, June 23, 2013

Laporan Harakah Sangat Mengelirukan Berhubung Himpunan #505.

Laporan Harakah berhubung Himpunan 505.

Anwar Ibrahim sendiri akui bahawa Himpunan Black 505 yang dijalankan semalam tidak mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penyokong pembangkang.

Anwar Ibrahim memberi alasan bahawa jerebu menjadi faktor utama penyokong pembangkang tidak keluar beramai-ramai untuk berhimpun menuntut PRU diadakan semula.

Analisa beberapa pihak lain juga, himpunan 505 tidaklah sehebat rusuhan BERSIH yang pernah mereka anjurkan sebelum ini.

Tetapi, agak pelik apabila lidah rasmi PAS iaitu Harakah boleh melaporkan kehadiran peserta himpunan 505 mencecah 55,000 orang. Mungkin disebabkan angka 55,000 itu hampir sama dengan 505 dan dijadikan simbolik.

Dalam laporan harakah tersebut, tidak pula dilampirkan gambar kehadiran yang dikatakan mencecah angka 55,000 orang. 

Bagi membantu laporan harakah tersebut menjadi lebih menarik, saya ambil gambar dari brother minaq jinggo yang mampu menterjemahkan segala-galanya.

55,000 ker?

Rakyat dah muak dengan politik jalanan Anwar Ibrahim. Bukan sekali rakyat ditipu oleh Anwar, tetapi sudah beberapa kali penyokong ditipu bermula dengan isu 16 September hinggalah PRU13.

Untuk kali ini, rakyat tidak lagi bodoh untuk mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya. Lebih baik kita luangkan masa dengan keluarga ataupun buat amal ibadat.


Friday, June 14, 2013

Isu Panas!! Presiden PAS Bakal Digulingkan. #PolitikMalaysia

AIDCNews – 14/06/13 – “PAS perlu mencari pemimpin tulen dari dalam,” begitulah komen Awang Abdillah yang difokus menjadi isu utama portal FMT.
Ciri-ciri pemimpin PAS yang digariskan oleh penulis portal itu berbeza sama sekali dengan Kriteria yang dimiliki oleh Presiden parti itu sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ia mampu untuk bercakap tentang peranan sebenar perbankan dan kewangan Islam (dan bukan seperti apa yang sedang diamalkan sekarang)

Banyak tidur dari bekerja

“Ia juga boleh menyatakan pendirian dan pelan untuk pemuliharaan sumber-sumber negara, seperti petroleum, hutan dan alam sekitar serta rancangan pekerjaan, pinjaman pelajar, perumahan, pembangunan infrastruktur dan lain-lain lagi.
“Ia boleh bercakap tentang pelan induk kejuruteraan untuk menangani banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia setiap tahun. Ini adalah isu-isu yang merayu kepada semua lapisan masyarakat,”kata penulis FMT.
Menurutnya, PAS terbukti lemah pada Pilihanraya Umum ke-13 dan paling lemah dalam Pakatan.
“Walaupun kedua-dua DAP dan PKR tidak baik, di mana masing-masing memenangi 38 dan 30 kerusi Parlimen, (namun) PAS hanya mendapat 21 kerusi sahaja daripada 73 yang ditandinginya.
“Mengapa PAS gagal bertarung dengan UUMNO pada PRU 13 ? Sebulan selepas PRU 13, persoalan ini masih menjadi tanda tanya,”katanya.
Menurutnya, pada PRU itu, PAS telah dikunci tanduk oleh UMNO di kebanyakan kawasan orang Melayu dan PAS hanya dapat ‘bertarung’ dengan baik di Kelantan dan Terengganu walaupun (di Terengganu) parti itu gagal mengambil alih kerajaan negeri.
Sepatutnya, kata penulis itu, PAS boleh merebut lebih banyak kerusi di kawasan Melayu apabila menyedari sokongan terhadap UMNO menurun pada Pilihanraya Umum ke-12.
“Tetapi sebaliknya parti itu (PAS) terus bercakap mengenai perkara-perkara agama seperti undang-undang syariah. Mereka gagal untuk menentukan perbezaan antara Islam dan undang-undang syariah, dan warisan sosio-ekonomi serta budaya Melayu.
“Oleh itu, adalah salah bagi PAS menggunakan ajaran Islam sebagai isu politik untuk meraih populariti dalam pilihan raya,”katanya lagi
Menurutnya apabila PAS memberi tumpuan kepada hudud sebagai platform politik, parti itu telah membenarkan UMNO mengekalkan populariti dengan memberi tumpuan terhadap isu-isu ekonomi.
Dan ini sekaligus katanya menyebabkan PAS berada di luar trek apabila ia gagal menangani isu-isu nasional dan ekonomi berkaitan dengan umat Islam.


Monday, June 10, 2013

Parti Tunggal Atau Babi Tunggal?

Suasana hari ini tidak seperti 3 atau 4 bulan yang lepas. Tamat sahaja PRU13, keadaan menjadi sedikit tenang walaupun masih ada segelintir pihak yang cuba mengheret rakyat ke jalanan bagi memenuhi cita-cita peribadi.

Sebelum ini kita banyak disajikan dengan ceramah-ceramah politik jalanan. Ketika itu, baik dalam media arus perdana mahupun ceramah di padang yang becak, sudah pasti kita dapat mendengar caci maki dan pertandingan londeh-melondeh di antara satu sama lain.

Bagi individu yang otak berniaga, 2 atau 3 bulan yang lepas adalah bulan rezeki pada mereka. Baik yang jual air hinggalah kepada membekal banner ataupun poster. Sekarang adalah waktu untuk mereka seperti ini merancang kereta apa yang perlu ditukar, ke mana mereka mahu bercuti dan sebagainya.

Saya tidak lagi berminat untuk mengulas tentang apa yang telah berlaku dalam PRU13. Mahu tidak mahu, kita kena menerima perkara yang telah terjadi. Biarpun apa yang telah berlaku itu menyumbang keuntungan pada kita atau memberi kerugian yang amat dasyat untuk pihak kita, semua itu harus diterima dengan hati yang terbuka.

Jangan asyik bercakap hingga abaikan kerja parti.

Pakatan Rakyat boleh senyum lebar dengan keputusan PRU13 apabila majoriti besar orang cina menyokong parti mereka, tetapi pada masa yang sama mereka perlu kaji dengan terperinci kenapa undi orang Melayu tidak memihak kepada mereka. Barisan Nasional pula pasti boleh mengukir sedikit senyuman apabila majoriti bumiputera memberi sokongan pada mereka, tetapi mereka juga perlu membuat analisa dengan tepat kenapa orang Cina secara total tidak menyokong Barisan Nasional pada PRU13.

Itulah realiti PRU13. Tahniah buat pemenang dan kepada yang tidak menang, terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka. Janganlah lagi jadikan rakyat sebagai alat politik mereka dengan berdemo di atas jalan dan sebagainya.

Walaupun PRU13 telah lama melabuhkan tirainya, tetapi masih banyak suara-suara sumbang yang kedengaran baik di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Perasaan tidak puas hati individu tertentu ditafsirkan melalui cerca mencerca dan menyalahkan orang lain selepas PRU13. Masing-masing tidak mahu mengalah dan asyik melihat kelemahan orang lain berbanding kudis di badan sendiri.

Saya tidak berminat untuk mengulas tentang masalah dalam pihak pembangkang kerana itu tidak menguntungkan negara kita. Apa yang perlu dalam kita menghadapi PRU yang bakal tiba, pihak kerajaan harus mengkaji balik kelemahan di pihak mereka. UMNO ada lemahnya, MCA juga ada kudisnya, MIC tidak terlepas dari khilaf mereka dan begitu juga parti komponen seterusnya.

Namun, sejauh mana analisa kelemahan diri sendiri ini telah dilaksanakan? Apakah buat masa sekarang mereka sudah dapat mencari jawapan mengapa keputusan PRU13 BN tidak mendapat mandat 2/3 majoriti? Sudahkan BN mencari punca sebenar kenapa orang cina menolak BN secara total? Tepuk dada tanyalah iman kita.

Dari pengamatan sebagai orang luar dari gelanggang Barisan Nasional, saya amat yakin yang parti kerajaan masih belum membuat analisa terperinci tentang kelemahan masing-masing. Tetapi, amat kecewa apabila wujud cadangan jadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal tanpa melalui analisa terperinci keputusan PRU13. Kenapa perlu membuat cadangan membabi buta?

Barisan Nasional telah berhadapan dengan 12 PRU sebelum ini tanpa menjadikan BN sebagai parti tunggal. Rekod menunjukkan BN terus unggul dalam arena politik tanahair. Saya tidak nampak, faktor BN bukan parti tunggal, rakyat cina menolak BN pada PRU13. Sebaliknya, ada faktor lain telah mengubah landskap sokongan pengundi pada PRU13 yang perlu kita kaji dengan lebih teliti.

Saya tidak mahu menyalahkan MCA dan GERAKAN dengan keputusan PRU13 yang lepas, tetapi kadang-kadang kita juga perlu berkata dengan benar demi sebuah perjuangan. Sejauh mana MCA dan GERAKAN menjalankan tugas mereka sebagai parti yang mewakili orang cina semasa PRU13?

Kadang-kadang, saya juga merasa amat pelik apabila melihat di kawasan pengundi Cina, sayap wanita UMNO yang memerah keringat untuk masuk berkempen dan menghantar handbill kepada pengundi. Betul!! Inilah semangat setiakawan dalam Barisan Nasional, tetapi sejauh mana jentera wanita UMNO mampu mendalami isi hati pengundi cina berbanding jentera MCA mahupun gerakan?

Dalam tempoh kempen PRU13, kelihatan anak melayu UMNO yang beria-ia mengantung banner atau poster calon MCA dan GERAKAN. Apakah dalam MCA dan GERAKAN tidak ada sayap pemuda untuk menjalankan tugas logistik dan sebagainya? Nampaknya, yang betul-betul mahukan BN menang besar adalah orang Melayu walaupun yang bertanding itu bukanlah orang Melayu.

Mungkin bukan semua dalam parti MCA dan GERAKAN sama seperti yang saya nyatakan, tetapi yang kebanyakkan adalah begitu. Barisan Nasional parti tunggal atau UMNO yang bekerja seperti babi tunggal? Sama-sama kita fikirkan.

Justeru, saya tidak menyokong hasrat kepimpinan tertinggi untuk jadikan Barisan Nasional sebagai parti tunggal dalam menghadapi PRU13. Apa yang perlu dilakukan, setiap parti komponen perlu menilai kembali kelemahan serta kekuatan parti mereka masing-masing. Tradisi yang diamalkan selama ini cukup baik. UMNO bekerjalah untuk orang Melayu, MCA dan GERAKAN berkhidmatlah untuk orang cina, MIC taburlah jasa kepada orang India begitulah seterusnya. Ini kerana hanya jauhari mengenal manikam.

MCA dan GERAKAN janganlah menghukum UMNO kononya UMNO parti rasis hingga menyebabkan pengundi cina jauhkan diri daripada Barisan Nasional, tetapi teruslah bekerja untuk menukar persepsi pengundi cina bahawa MCA dan GERAKAN suara penting mewakili orang cina dalam Parlimen.

Harap PM Najib tidak akan kecewakan perasaan orang Melayu yang banyak berjasa kepada UMNO/BN dalam PRU13 yang lepas. Parti tunggal bukan jalan penyelesaian kepada semua masalah ini. Jangan pula suatu hari yang PM Najib kejar tidak dapat dan yang dikendong hilang tanpa beliau sedar.




Monday, June 3, 2013

Sensasi Dunia Artis. Nabila Huda Upload Gambar Separuh Bogel Dalam Instagram.


Maaf. Artikel ini bukan bertujuan untuk mengaibkan Nabila Huda. Tetapi, selaku sesama Muslim, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk saling memperingati antara satu sama lain.

Tidak manis pada pandangan saya jika seseorang wanita yang mengaku Islam tetapi berkelakuan demikian rupa. Kita tidak mahu, agama lain mencerca agama Islam hanya kerana segelintir ummatnya yang tergelincir landasan.

Barangkali, masih ramai orang bukan Islam yang cuba mendekati Islam merasa amat bimbang dan khuatir apakah Islam ini ajaran yang betul? Kalau Islam agama yang benar, kenapa ada orang Islam berkelakuan cukup aneh.

Islam melarang ummatnya membuka aurat, apatah lagi menunjukkan pada umum alat kemaluan kita melainkan kita manusia yang tidak waras.

Maafkan saya Nabila Huda. Mungkin kes anda ini adalah sebahagian daripada contoh yang berlaku di negara Kita. Tetapi sebagai artis yang meningkat popular, adalah tidak salah anda berkelakuan sopan di depan khalayak.