Perbandingan PRU12 dan 13 |
Biar kita berbicara berdasarkan fakta yang jelas. Pihak pembangkang mengherdik serta mencerca kononya UMNO bukan lagi pilihan orang Melayu.
Mereka kata parti PAS adalah parti yang menjadi pilihan orang Melayu pada zaman kini. Dari mana dalil yang mereka jumpa untuk mengatakan PAS menjadi kuasa paling relevan untuk orang Melayu?
Yer.. kita akui prestasi BN sangat menurun pada PRU13 apabila meraih 133 kerusi berbanding PRU12 iaitu 140, tetapi bukan UMNO punca kepada semua itu.
Lihat sahaja pada graf di atas. Antara PAS dan UMNO kita boleh lihat prestasi positif ditunjukkan oleh parti UMNO berbanding PAS.
Pada PRU12, UMNO hanya perolehi 79 kerusi Parlimen dan PAS mendapat 23 kerusi Parlimen. Manakala pada PRU13, UMNO terus mendapat sokongan pengundi Melayu iaitu peningkatan sebanyak 9 kerusi menjadi 88 kerusi dan PAS jatuh daripada 23 kerusi kepada 21 kerusi.
Sepatutnya PAS malu dengan keputusan ini. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh PAS selama tempoh 5 tahun sebelum ini untuk tumbangkan UMNO termasuklah mendoakan kehancuran UMNO di dalam Stadium tetapi yang tumbang adalah PAS.
PAS tidak boleh mendabik dada dengan keputusan PRU13, kerana usaha mereka menfitnah sesama Islam akhirnya memberi keuntungan kepada kafir DAP bukanya memberi kemenangan kepada PAS.
Pesanan untuk Najib Razak. Orang Melayu sudah kembali yakin pada UMNO. Kini tibalah masanya untuk Najib Razak mengorak langkah membuat transformasi di dalam parti UMNO.
Aku bersetuju, jika pemilihan jawatankuasa UMNO diperingkat cawangan mahupun bahagian mestilah melalui pemilihan melibatkan semua masyarakat dan bukanya melibatkan ahli UMNO sahaja.
Kenapa perlu melibatkan semua masyarakat? sebab setiap kali pilihanraya, bukan ahli UMNO sahaja yang mengundi tetapi yang mengundi mereka diluar ahli UMNO juga.
Soal sokongan orang Cina, aku malas nak komen sebab Najib Razak lebih mengetahuinya.
Insyallah... dengan keputusan PRU13 ini aku yakin yang UMNO akan terus relevan untuk orang Melayu dan sampai masa parti selain UMNO akan mendampingi kita.
Tanyalah pada siapapun, antara akar yang kuat dan akar yang lemah, mana satu akar yang akan kita paut bila kita dalam keadaan terdesak? Sudah pasti mereka akan jawab akar yang kuat menjadi pilihan.
Maka dengan itu, Najib kena pastikan UMNO menjadi akar yang kukuh dan teguh menjelang PRU14 ini. Melayu masih sayangkan UMNO. Melayu juga tidak mahu bangsa mereka menjadi hamba kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment