Aku tidak pasti samada pengendali blog papagomo.com baca ataupun tidak artikel yang aku tulis pagi tadi. Rujuk artikel sini http://tokguru86.blogspot.com/2013/04/maaf-papagomo-bukan-kami-bangkang-tapi.html?m=1 .
Papagomo baca mahupun tidak, bukan masalah besar bagi aku. Tapi paling tidak aku cuba memberi saranan pada papagomo supaya tidak bertanding atas tiket BEBAS menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Bukan aku mahu menidakkan kelayakan papagomo sebagai calon PRU13, namun aku harap papagomo bagi laluan sepenuhnya kepada Dr. Mazlan calon BN untuk talkinkan Anwar Ibrahim pada 5 mei ini.
Alhamdulillah. Sebentar tadi aku mendapat email yang dikirimkan oleh papagomo tentang hasrat beliau untuk membantu Dr Mazlan berkempen dan tidak sama sekali bertanding atas tiket BEBAS di Parlimen Permatang Pauh.
Jom kita baca apa kata papagomo melalui email yang telah dikirimkan sebentar tadi.
TERLEBIH dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia, TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P.044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.
Ketika saya menawarkan diri, tekad saya cuma satu iaitu mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu dan menghasut rakyat, untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah berdepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu, pejuang Islam.
Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim, yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim, agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.
Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan, gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini. Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.
Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia ini bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.
Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini.
Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini. Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.
Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti, saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh untuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini, saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.
Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia, saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Selebihnya terserah kepada anda. Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda. Itu adalah keputusan anda.
Sekian .
PAPAGOMO
3 comments:
Alhamdullillah, satu keputusan yang tepat. Terima kasih Papagomo. Sokong Papagomo 100%.
papagomo sudah ambil tindakan yg bijak dr pihak dia. tindakan kita pula pada 5 mei nnt pangkah dacing.
Semoga Dr. Mazlan akan membawa kemenangan kepada BN di Permatang Pauh. Kami orang PP tidak mahu pemimpin yang hilan moral dan akhlaknya.
Post a Comment