Setelah berkurun melarikan diri, PI Bala, penyiasat persendirian upahan Anwar Ibrahim tiba-tiba muncul apabila Malaysia sudah hampir dengan PRU13. Kemunculan PI Bala ini umpama nyawa baru kepada Anwar Ibrahim untuk meneruskan agenda jahat beliau.
Terkini, bapa Altantuya Dr. Setev Shaariibu telah memberi kenyataan bahawa tidak pernah berlaku usaha kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak menyogok wang kepada beliau. Sebaliknya, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang ada berbincang dengan beliau bagaimana nak jatuhkan Najib Razak.
PI Bala yang mengangkat sumpah dengan menjunjung kitab hindu (Penyokong PAS Percaya) sebelum membuat kenyataan kononya ingin meneruskan agenda beliau untuk memburukkan imej Najib Razak. Namun, dengan segala penjelasan yang diberikan oleh Raja Petra sebelum ini, sudah menjadikan kenyataan bohong PI Bala tidak laku.
anjing upahan Anwar Ibrahim |
Tindakan Anwar Ibrahim sebenarnya telah meletakkan hubungan Malaysia dengan Mongolia dalam keadaan tegang. Anwar Ibrahim cuba memburukkan imej Najib Razak kononya penyebab kepada kematian orang Mongolia yang akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati warga Mongolia kepada Malaysia.
Anwar Ibrahim memang legend untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dengan negara luar. Isu Lahad Datu umpanya, tindakan bodoh Anwar Ibrahim waktu menjadi TPM telah memberi kesan buruk pada hari ini. Anwar pernah buat janji sampah sengan Sultan Sulu kononya mereka berhak menuntut Sabah untuk kerajaan Sultan Sulu. Hari ini, pemberontak dari Sulu cuba serang Sabah.
laporan media Filipina sahkan Anwar terlibat kes Lahad Datu |
Anwar nyata semakin terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar pun tahu, yang cita-cita beliau tidak akan tercapai untuk jadi Perdana Menteri melalui sistem pilihanraya jika dilihat dengan gerak kerja Najib Razak bagi memenangi hati rakyat. Oleh itu, jalan rusuhan dan kekacauan sahaja yang mampu memberi sedikit ruang untuk Anwar mencapai cita-cita busuk beliau.
Dalam masa Najib Razak berusaha untuk meletak Malaysia sebuah negara maju dan setara dengan negara luar, Anwar berusaha untuk hancurkan segala usaha itu hanya kerana gilakan kuasa untuk jadi perdana menteri. Saat ketika Najib Razak cuba meletakkan ekonomi Malaysia pada landasan yang baik, Anwar dan koncunya cuba menjatuhkan usaha murni Najib ini kerana nafsu buas beliau.
Sekali sekala, aku ada juga rasa nak marah pada Pak Lah Badawi kerana membuat kesilapan yang cukup besar bila melepaskan anjing seperti Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buluh. Tapi aku juga yakin, Pak Lah pun hanya manusia yang ada hati perut kerana memenuhi hasrat arwah ibu Anwar yang ingin melihat wajah anak beliau sebelum beliau menutup mata. Tapi, anjing yang Pak Lah lepaskan itu gigit betis Pak Lah.
Namun segala kebenaran sudah muncul. Kebathilan yang Anwar lakukan selama ini muncul dengan sendirinya walaupun macai PR kata semua itu Konspirasi UMNO. Kalau pun itu satu Konspirasi UMNO, tapi kalau Allah tidak izinkan mana mungkin segala kejahilan Anwar itu akan muncul.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.