Friday, March 15, 2013

Panas!! Mantan Aktivis Pelajar Selar Tindakan Tian Chua. #OpsDaulat


Saya ingin respon dan menyatakan pandangan peribadi saya mengenai PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.


Melihatkan kepada peristiwa yang telah menggemparkan Malaysia ini dan telah mengorbankan 10 orang pasukan keselamatan negara membuatkan saya terfikir sejenak, membuatkan saya menilai masyarakat di sekeliling saya terutamanya di media sosial ini juga di alam nyata bahawa mereka mula buka mata dan sedar akan kepentingan pasukan PDRM,ATM seterusnya pasukan keselamatan negara yang lain.



Walau ada masih yang mengutuk,mencaci,menghina,menjebikkan bibir seolah-olah semua perkara yang dilakukan oleh Pasukan Keselamatan Kerajaan Malaysia ini tumpul, tidak cekap, maka bermacam-macam pandangan dan idea dari segenap ceruk masyarakat dilontarkan.

Mengapa begini,kenapa tidak begini?kenapa begitu,bodohnya begitu??dan sebagainya. Namun jauh dari sudut saya melihat, ramai yang mula sedar, mula rasa takut, mula rasa pentingnya pasukan keselamatan ini bagi melindungi negara Malaysia dari diceroboh yang akhirnya mungkin akan mengundang malapetaka kepada keluarga mereka sendiri terutamanya. 



Beberapa ketika yang lepas, Polis, angkatan keselamatan negara pernah dicaci, dimarahi tapi hari ini dipuji,dibanggakan. Walau pada saat dan ketika ini masih ada kumpulan minoriti yang masih membenci mereka. Ingatlah wahai keluarga, sahabat,guru-guru, pensyarah-pensyarah,kakitangan kerajaan,swasta,peniaga-peniaga,anak muda dan masyarakat Malaysia, sesungguhnya kita tidak mahu negara kita dijajah lagi.

Kita tidak mahu negara kita tidak aman.kita tidak mahu negara kita kucar kacir. Sedar tidak sedar, sekumpulan masyarakat di Malaysia sebelum ini cuba meracuni, mendoktrinisasi minda melalui persepsi untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan menghilangkan rasa percaya kepada: 



1)Institusi KESELAMATAN NEGARA 

2)Institusi PERUNDANGAN NEGARA & PERLEMBAGAAN serta 

3)Institusi AGAMA.

Kalaupun kalian tidak mahu berfikir secara berfakta,cukuplah berfikir secara logik akal.Saya diajar dan belajar dari mereka yang pernah membuat kesilapan,agar saya tidak mudah silap



CM Mantan Aktivis Pelajar.


TOKGURU86: Bagi aku, apa yang berlaku di Lahad Datu telah menaikkan semangat patiotisme di kalangan rakyat Malaysia. Kini anak muda yang hanya tahu sejarah bahawa askar kita pernah bertempur menentang pengganas suatu ketika dahulu boleh dilihat pada zaman mereka ketika ini.

Kalau sebelum ini kita hanya meilhat melalui kaca TV dan ahkbar pertempuran yang berlaku di negara luar, kini anak muda dapat merasai sendiri perkara tersebut berlaku dalam negara kita.

Mungkin selama ini kita fikir, tidak mungkin peperangan akan berlaku di negara Malaysia. Tetapi peperangan sudah pun berlaku di Lahad Datu Sabah. Apapun tidak mustahil jika ada di antara kita menjadi dalang dan talibarut.

Jika selama ini orang kita asyik melabel askar dan polis sekarang kerja sangat mudah, masuk jam 8.30 pagi balik jam 5.30 petang dan tidak lagi menghunus senjata, nyata sekali semua itu sanggkaan silap. Musuh ada di mana-mana dan sampai masa musuh akan menyerang jua negara kita.

Kepada individu yang selalu selar anggota keselamatan kita dengan perkataan ANJING, LEMBU dan sebagainya.. sekali sekala anda harus fikir siapa yang sanggup korbankan nyawa, tinggalkan anak bini demi pertahankan negara Malaysia ini kalau bukan pasukan keselamatan negara.

Al-Fatihah buat wira kita yang gugur di Lahad Datu..

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.