11 Mac 2013
SURAT FMT: dari Yuktes Vijay, melalui emel
Saya merasa agak marah apabila membaca berita yang bapa Saiful telah
menyertai PKR.Saya sudah sedia maklum dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak
punya integriti tetapi perkhabaran terkini ini jelas menjatuhkan lagi
kredibiliti mereka.Saya pernah bekerjasama dengan barisan peguam Anwar sepanjang
kes Sodomi 2 dan terbabit dari A-Z dalam perbicaraan itu sendiri.
Pembabitan saya dari A-Z bermaksud berjumpa dengan pakar forensik dan
DNA seterusnya mengkaji dokumen-dokumen serta mencari duluan (case laws) untuk
hujahan. Saya terlibat dalam keseluruhan proses.Saya tidak berhasrat untuk
menamakan peguam tersebut kerana saya sangat memuja beliau sebagai mentor saya
dan tidak mahu beliau diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan
saya.
Kenapa Anwar tidak memberi keterangan?
Anwar sentiasa menyatakan bahawa beliau tidak dibicarakan secara
adil.Sebenarnya beliau tidak berani untuk memberi keterangan dari kandang
saksi.Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilemparkan oleh
Datuk Yusoff yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya
penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, cuba tanyakan soalan-soalan berikut
dan dapatkan jawapan yang benar, boleh diterimapakai dan tidak mempersoalkan
logik jawapannya.
Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan
segala serangan oleh pihak pendakwaan, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak
memberi keterangan atas alasan yang beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang
adil. Anwar berjaya memperdaya,menipu dan membohongi rakyat dengan lagak seperti
Mandela.Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang
bagus.
Dana untuk pakar-pakar luar negara
Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah apabila tidak ada sesiapa
pun yang mempertikaikan yuran yang terlibat untuk membayar pakar forensik, Dr
Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka
dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di
sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.
Dari manakah wang untuk membayar penginapan ini datang?Adakah Anwar
bayar dengan duit poket beliau sendiri?Tidak,malahan beliau juga tidak membayar
yuran guaman peguam-peguam beliau.Sebenarnya, ada Datuk-datuk yang kaya yang
membiayai Anwar Ibrahim.Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab
peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.
Persoalannya sekarang sekiranya PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan
perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak mempersoalkan dana untuk membayar
pakar-pakar ini?Sekiranya seorang bekas penjenayah dan ketua pembangkang ada
Datuk-datuk untuk membiayai kos guaman, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang
membiayai perkahwinan anak PM?
Saiful
Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful.Apa yang saya boleh
katakan di sini, beliau tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana
pegawai penyiasat, Jude Perreira tidak mengendahkan protokol Jabatan Kimia dan
menjalankan tugas mengikut cara beliau tersendiri.
Kesan DNA Anwar ada dalam rektum beliau. Apa yang menghalang Hakim untuk
mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan
“break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa
terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang
lengkap.
Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani
Anwar dalam rektum Saiful.Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga
kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak
digunakan.
Oleh itu hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan
Saiful.
Kesimpulan bahagian 1
Anwar adalah seorang penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful
untuk meraih undi.Kita semua sedia maklum yang setelah beliau dibebaskan, beliau
sudah hilang sedikit tarikan kerana beliau tidak ada apa untuk disuarakan lagi.
Saya benar-benar berharap agar beliau menyaman sana supaya saya dapat
membuktikan apa yang telah saya sebutkan di sini.
Ingat Anwar Ibrahim, saya membesar dalam memujamu. Saya tahu modus
operandi kamu dan saya pernah bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar
semua orang melihat Anwar Vs Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua
emel-emel,Astroboy? Saya ada semua. Saya cabar kamu!
Penulis, bekas Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai
salah seorang peguambela.
|
Anwar Ibrahim bagaikan iblis di atas muka bumi ini.
ReplyDeleteTOK GURU KAKI SEX..TOK GURU HARAMJADAH NI,BAKAL AHLI NERAKA
ReplyDelete