Menurut media Filipina, saya mendapati yang Sultan Jamalul Kiram III telah menuduh Presiden Benigno Aquino dalam sidang akhbar Radyo Inquirer 990AM, kerana membantu Malaysia kerana sebaliknya beliau sepatutnya membantu orang Filipina yang telah berlayar ke Sabah dari Mindanao dalam usaha tuntutan wilayah.
Presiden Benigno Aquino telah memberi amaran kepada Kiram yang dia akan berdepan dengan undang-undang penuh sekiranya tidak menarik semua tentera-tentera upahannya dari Sabah.
Memanglah saya sedih kerana kemelut ini berlaku selepas rundingan damai yang diatur oleh kerajaan Malaysia, antara kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front.
Tetapi yang paling saya kecewa ialah, Anwar Ibrahim dan rejimnya tidak berkata apa-apa pun berkenaan dengan isu ini dan secara tiba-tiba menjadi senyap macam ‘church mouse’.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.