Pelbagai agensi kerajaan dengan kerjasama Pejabat Parlimen Lumut dan Pusat ADUN Pangkor akan menganjurkan Xplorace Prihatin Pangkor 2013 pada 17 Februari ini. Penyertaan hanya terbuka kepada 20 pasukan sahaja.
Lokasi Pulau Pangkor dipilih kerana keindahan kawasan yang sesuai untuk dijadikan medan 20 pasukan bertarung untuk merebut johan dan bakal membawa pulang hadiah RM 1000.00.
Acara ini adalah julung kalinya dijalankan di Pulau Pangkor atas inisiatif agensi kerajaan yang terlibat serta kerjasama pihak tempatan. Peserta akan melalui pelbagai cabaran yang disediakan oleh pihak penganjur.
Hadiah bagi Naib Johan wang ringgit bernilai RM 700.00 dan tempat ke tiga RM 500.00. Setiap kumpulan perlu menghantar 3 orang ahli sahaja. T-Shirt penyertaan akan diberikan secara percuma.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi tersu urusetia Faez di talian 012-540 4929 dan Nini di talian 019-424 4473. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Februari. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.