“Manifesto
Bukan Janji-Pakatan Hancurkan
Rakyat”
|
Analisis awal
intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :
1) Caruman
Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan
di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR
Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful
RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada
suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana
pelaksanaannya?
Peringkat
negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!
2) Islam
Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini
BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di
manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen
ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa
melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan
PKR?
Semua maklum,
pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS!
Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!
3) Gaji
Minimum RM1,100??
Apakah PR
terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan.
Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900,
kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan
kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia
pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa
kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung
tikar.
Tidak
gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?
4) Tawaran
'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas,
projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi
tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan
untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa
sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan
namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak
dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan
Rakyat'?
Ingatan buat
PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat
sendiri menghapuskan kalian!
5) Hapus
dan Batalkan AES
Ini adalah
tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan
keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran
berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang
hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh
'dimaafkan'?
Soal ratusan
nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu
isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai
nyawa rakyat jelata!
6)
Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang,
Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina.
Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana
purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor
pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang
dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan
ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?
7) Turun
Harga Kereta
Kata hendak
tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada
penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah
beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam
tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan
kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun
rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia
padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi,
menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga
kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar
kepada rakyat ?
Atau, pemimpin
PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai
kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........
Sahabat
1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang
pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’
akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH
retorik, populis dan tidak jelas hala
tujunya!
Oleh:hulubalangKANAN
|
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.