Thursday, February 28, 2013

Gambar Ini Akan Buat Anda Gelak Selama Setahun!! Kah Kah Kah!! #NajibSempoi



Saban hari, rakyat semakin muak dengan pentas fitnah PR. Manifesto pun bukan janji kata PR, sah apa yang diceramahkan semuanya bohong.

Dulu, waktu PAS singgle setiap kali ada ceramah PAS ramai yang akan kerumun. Tapi sejak PAS couple dengan DAP dan PKR, orang mula sangsi dengan PAS.

Mana tidak sangsinya kalau kalimah agong Allah pun PAS sanggup benarkan DAP guna dalam kitab injil.

PAS Kelantan sebenarnya dalam bahaya. Selepas satu skandal demi satu skandal didedahkan, kini PAS Kelantan seolah cacing kepanasan.

Tanah orang asli diberikan pada Cina DAP, RM600 juta berhutang dengan kerajaan persekutuan untuk selesaikan masalah air tapi masalah tidak selesai, gadai kalimah Allah, hudud disingkirkan dalam manifesto PR, dan banyak lagi.

Semua ini telah mula menyedarkan rakyat Kelantan amnya. PAS bukankah pejuang Islam seperti yang digembar gemburkan. Tapi PAS hanyalah pejuang kuasa Putrajaya seperti Anwar Ibrahim.

Tuesday, February 26, 2013

Woow!! Manifesto Bukan Janji PR Sudah Terjawab. Apa Kata Anwar?

“Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat”
Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :


1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

Oleh:hulubalangKANAN

Monday, February 25, 2013

Bukti Warga Guru Tidak Termakan Dengan Manifesto Bohong PR Untuk Naikan Elaun Guru! Video Ini Di Kelantan.



Ternyata tindakan penyokong PR selama ini yang menghasut golongan muda yang menjadi harapan bangsa dan negara supaya bertindak seperti orang hilang akal mendapat perhatian para guru.

Sudah pasti seorang guru yang bertanggungjawab, mereka tidak mahu melihat bekas anak murid mereka hancur masa depan dan berkelakuan seperti manusia yang tidak bertamadun.

Usaha mendidik anak murid selama ini untuk menjadikan mereka seorang yang berguna pasti menjadi impian setiap guru yang bertanggungjawab.

Akhir-akhir ini, ada pihak yang gilakan kuasa cuba menjadikan dikalangan anak muda sebagai alat bagi memenuhi cita-cita mereka merampas Putrajaya telah mengecewakan hati dikalangan warga pendidik.

Di sekolah guru tidak mengajar anak murid mereka melakukan rusuhan. Guru tidak pernah mendidik anak murid mereka supaya bertindak ekstrim hingga dapat membahayakan diri orang lain.

Bukan ini yang dimahukan oleh seorang guru 
Ternyata usaha para guru untuk mendidik anak murid menjadi seorang manusia yang berguna menajdi sia-sia bila ada pihak yang meracun pemikiran anak muda ke arah yang tidak baik.

Semoga para guru di Malaysia terus sabar dalam mendidik anak watan kerana setiap orang yang anda didik pasti ada yang akan berguna kepada agama, bangsa dan tanahair.

Pengarang Keadilan Daily Memalukan.


1st, jom kita baca apa yang keldaian daily laporkan. 5,000 rakyat pelbagai kaum julang plakad "Anwar PM ke-7". Terkejut beruk juga dibuatnya, bila mana 5,000 orang yang julang plakad tersebut.


Sekali aku tengok la gambar yang Keldaian Daily paparkan dalam portal mereka. Gambar di atas itu dikatakan 5,000 orang. Kah Kah Kah. Matematik gagal betul si penulis Keldaian Daily. Buat laporan syok sendiri.

Kalau kita kira, adalah 15 orang yang angkat plakad tu. Itu pun ntah-ntah di upah dengan wang ringgit. 


Gambar ini aku letak untuk kita buat perbandingan. Sokongan rakyat kepada Najib lebih hebat berbanding Anwaygay. hehehe. Sempoi.

Kenyataan Nik Aziz Semakin Melampau Bila Samakan BR1M Dengan Hampas Kelapa.


Pertama sekali blogger nak tanya pada Nik Aziz, dia kenal atau tidak antara hampas kelapa dengan wang ringgit bernilai RM500.00?

Jika dikira, dari RM500.00 banyak barang keperluan yang kita boleh beli untuk mengisi perut. Berbanding hampas kelapa hanyalah makanan ruji kepada ayam dan itik.

3 BERADIK

Gambar di atas blogger ambil dalam Utusan Malaysia yang mana ianya diambil di negeri Kelantan pentadbiran Nik Aziz.

Mungkin betul RM500.00 itu ibarat hampas kelapa, tetapi bagi orang seperti Nik Aziz yang kaya raya berstatus menteri besar.

Apakah Nik Aziz fikir nikmat RM500.00 yang di rasai oleh keluarga seperti dalam gambar di atas. Bukankah RM500.00 itu cukup bernilai bagi mereka. 

Orang seperti Nik Aziz mungkin boleh main campak-campak jer duit 500.00 ringgit, tapi bagi orang yang daif, RM0.50 pun sangat bernilai untuk mereka.

Pesan aku pada Nik Aziz, kalaupun kamu kaya raya, janganlah sampai menghina apa yang orang daif perolehi. RM500 itu kecil bagi orang yang kaya seperti Nik Aziz, tapi besar nilainya bagi orang yang miskin.


Nik Aziz kena ingat, bukan semua rakyat di Kelantan miliki harta bernilai RM10 juta seperti beliau. Amatlah wajar Nik Aziz samakan RM500.00 dengan hampas kelapa sebab Nik Aziz miliki harta yang begitu banyak, tapi tidak bagi rakyat yang miskin.

Apapun yang Nik Aziz nak cakap, blogger nak berpesan pada beliau. Itik dan ayam pun reti bersyukur kalau kita bagi makan hampas. 

Sunday, February 24, 2013

35 NGO Perak Terus Bersama #BN Perak. #HB1M




Kengganan pembangkang menandatangan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International menggambarkan bahawa tindakan mereka tidak selaras dengan apa yang disuarakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sekiranya tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dilemparkan pembangkang selama ini benar, mereka sepatutnya menyahut cabaran seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN.
“Kami pemimpin BN bersedia untuk tandatangan yang dipanggil perjanjian aku janji supaya kami akan ikut tatacara peraturan-peraturan dalam pilihan raya termasuk mengelak rasuah politik.
“Bila ditanya kepada mereka (pembangkang)… mereka kata tidak payah kerana tandatangan atau tidak tetap sama juga,” kata beliau ketika berucap di hadapan lebih 5,000 orang yang hadir pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Dewan Sri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, sebentar tadi.
Pada perhimpunan itu, sebanyak 35 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh Perak berkumpul sejak pagi lagi bagi menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan BN dan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak.
Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan rakyat untuk terus mengekalkan keamanan dan kestabilan yang dikecapi hasil pentadbiran kerajaan BN sejak menerajui negara sejak 50 tahun lalu.
Beliau turut menasihatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport gerakan ‘Arab Spring’ ke Malaysia yang mampu melumpuhkan keharmonian negara yang sedia ada.
“Atas nama reformasi, kerajaan zalim, kerajaan itu dan ini sebab dia (Anwar) cuba bawa Arab Spring untuk tukar kerajaan. Katanya, kalau di Arab boleh buat, mengapa di Malaysia tak boleh buat?
“Jika dia hendak buat (Arab Spring) tengoklah negara yang macam mana. Apakah negara kita negara diktator? Apakah negara kita tidak beri kebebasan kepada rakyat?” tegas Zambry lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta kesemua NGO yang hadir untuk terus bekerjasama memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus kekal bersama-sama BN.

Ada Komen Untuk Gambar Ini?


Kerajaan BN dari rakyat dan untuk rakyat. Maka rakyat berhak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Nik Aziz suka-suka kata duit BR1M haram. Nik Aziz suka hati jer cakap yang penerima BR1M umpama haiwan.

BR1M dikatakan gula-gula PRU13 kata macai PR. Janji nak bagi pendidikan percuma bukan gula-gula ker? Kalaupun BR1M dikatakan gula-gula, paling tidak rakyat merasa.

Manifesto bukan janji katai cai PR. Manifesto cai PR bukanlah gula-gula PRU13 tapi racun PRU13.

3 Hari Dari Sekarang!! #PerakBangkit!! #HB1M


Himpunan Barisan 1 Malaysia peringkat negeri Perak akan berlansung pada 23 Februari 2013 bertempat di Dewan Sri Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta Perak.

Seluruh rakyat Perak dijemput hadir dengan memakai baju tema berwarna biru. Himpunan ini akan disempurnakan oleh Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

Himpunan ini akan berlansung pada jam 1.00 petang hingga 6.00 petang mengikut jangkaan pihak penganjur.



Tuesday, February 19, 2013

Menangis Cai #PR Dengar Lagu Ini. #NajibSempoi #PSY


Rakyat Kelantan semakin sedar yang selama ini PAS Kelantan penuh dengan kepalsuan. Menipu rakyat disebalik serban nan indah. Berbohong setiap kata-kata yang keluar dari mulut berlapitkan ayat suci al-Quran.


Rakyat Kelantan bukanya manusia yang bodoh. Azali lagi rakyat Kelantan terbukti bijak pandai. Namun Rakyat Kelantan lemah bila PAS gunakan hukum hakam Allah dan Quran dalam setiap bicara mereka. Bagi rakyat Kelantan PAS lah yang berjuang demi agama Allah.

Ternyata sekali, sekarang ini PAS sudah semakin lari daripada asas perjuangan mereka. Kalau tidak, manakan PAS sanggup benarkan kalimah suci Allah digunakan oleh rakan DAP mereka dalam kitab injil.

Akibat itu, rakyat Kelantan makin sedar. PAS bukanya agama, tetapi hanyalah parti ciptaan manusia yang terlampau gilakan kuasa dunia. PAS menghalalkan cara asalakan dapat jajah Putrajaya.


Mungkin waktu pemerintahan Pak Lah, PAS hampir menumbangkan BN dengan bantuan rakan DAP dan PKR. Tetapi BN sudah tukar ketuanya iaitu Najib Razak.

Najib bukan lemah untuk PAS tumbangkan. Najib bukanya insan yang takut dalam perjuangan. Transformasi Najib mula dirasai oleh denyut nadi rakyat.

Kini rakyat Kelantan semakin yakin dengan kebangkitan GELOMBANG MERAH yang dipimpin oleh Dato' Pa Jeli. 

Kalau dulu, Awang Adik gagal... Kini gilirang Dato' Pa yang dikenali sebagai manusia yang rendah diri mula mengorak langkah satu demi satu.

Nik Aziz dan rakan-rakan PAS yang lain mungkin perlu bersedia dari sekarang untuk bakar fail-fail sulit yang mereka cuba menipu harta rakyat Kelantan. Jika terlepas, PAS akan terima padah selepas PRU13.


Monday, February 18, 2013

Sms Ugut Bunuh #PSY Tersebar. Klik sini. #CNY.



Apa motif sms ini dihantar sehari sebelum PSY membuat persembahan di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran Barisan Nasional?

Admin tetap memuji keberanian PSY yang terus membuat persembahan walaupun mendapat sms yang sebegitu rupa. Mungkin PSY yakin dengan kebolehan pihak keselamatan negara.

Siapa yang hantar sms ini? Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

Kalau PSY dapat sms ini kerana ingin buat persembahan di majlis puak PR, admin yakin, cai PR akan cakap ini mesti kerja orang BN.

Kalau tidak suka sekalipun PSY buat persembahan dalam majlis BN, janganlah sampai ugut PSY (pesanan kepada orang yang hantar sms). Ini negara demokrasi bukan negara komunis.


Panas!! Gambar Khalid Ibrahim Kurang Ajar Mula Tersebar di Laman Sosial.



Inikan Menteri Besar yang menjadi kebanggaan rakyat Selangor. Perangai Khalid sangat kurang ajar. Dia ingat rumah makcik ini rumah bapak dia suka-suka naik pakai kasut?

Kalau yer pun kamu MB, hormatlah sikit rumah orang. Tuan rumah punyalah jaga kebersihan rumah, Khalid senang jer naik tak buka kasut.

Malas aku nak komen panjang perihal perangai Khalid gagap ni. U all fikirlah sendiri yer. 

Saturday, February 16, 2013

Tun M Menjawab Siapa Bakal Jadi MB Kedah Jika BN Menang.


Tun Dr Mahathir Mohamad masih cergas dan terus bekerja walaupun sudah hampir 10 tahun bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Pada usia hampir menjangkau 88 tahun pada 10 Julai ini, beliau masih ke pejabat pada setiap hari bekerja manakala pada hujung minggu, menyampaikan ucapan apabila menerima jemputan.
Selain itu, beliau turut menulis di dalam blognya, CheDet, dan menyumbang artikel kepada akhbar The News Straits Times dan Utusan Malaysia.

Dalam temubual dengan wartawan Bernama, Abdul Aziz Harun, Massita Ahmad, Zairulliati Mali dan Prem Kumar Panjamorthy di pejabatnya di sini baru-baru ini, Dr Mahathir berkongsi pandangan dan harapan beliau mengenai pentingnya perpaduan kaum di Malaysia, pilihan raya umum akan datang serta soal ekonomi.

Berikut petikan temu bual tersebut:

Soalan: Tun nampak sihat. Bagaimana Tun meneruskan kehidupan ini sebab selepas 10 tahun bersara, Tun nampak masih aktif?


Tun M: Umumnya saya masih boleh bergerak, boleh bercakap, boleh main kuda pun, tapi memanglah bila dah tua adalah masa-masa sikit sebanyak, penyakit, batuk penat, itu semua biasa saja. Tapi tentang nak buat kerja saya buat kerja macam biasa. Saya datang pejabat tiap-tiap hari bekerja bahkan hujung minggu pun saya dijemput untuk bersyarah jadi saya kerja sepenuh masa. Alhamdulillah saya masih boleh.

Soalan: Ada sesetengah orang bila bersara, mereka bersara terus tapi Tun masih aktif, adakah Tun ada sasaran yang nak dicapai?

Tun M: Dulu masa saya jadi doktor saya nasihat sesiapa yang bersara supaya terus aktif kerana kalau kita bersara, lepas tu kita tak buat apa-apa kita akan dapat penyakit. Ini saya perhatikan, saya nampak, saya lihat. Ramai yang bila bersara dia tarik diri dari masyarakat dia tak boleh nak sihat. Sebab itu saya terima nasihat saya sendiri, iaitu bila bersara mesti terus aktif dan minat saya masih dalam bidang politik, sebab itu saya masih aktif dalam politik. Pasal saya nak jaga kesihatan saya dan saya masih berminat dengan politik yang berlaku dalam negara kita.

Soalan: Apa aktiviti Tun selain politik?

Tun M: Saya baca buku banyak, saya tulis itu ini, saya ada blog, saya tulis juga artikel untuk (The New) Straits Times, untuk Utusan Malaysia, dan saya dapat surat banyak dari luar negeri saya cuba jawab. Selain itu ramai yang datang berjumpa dengan saya dari dalam dan luar negeri dan setakat yang saya ada masa saya cubalah berjumpa dengan orang. Itulah aktiviti saya. Saya juga cuba bersenam sikit, buat ‘treadmill’, kadang-kadang angkat dumbel, naik kuda, berjalan, itu biasa sajalah.

Soalan: Dalam setiap pilihan raya, keadaan bagi parti bertanding adalah menentukan hidup atau mati”. Dalam pilihan raya akan datang, adakah keadaan yang sama?

Tun M: Keadaan berbeza. Keretakan di kalangan masyarakat umumnya sudah jadi lebih mendalam. Di masa saya dulupun terdapat juga pembahagian terutamanya di kalangan orang Melayu kepada parti-parti yang berlainan tapi umumnya sokongan kepada Umno begitu kuat dan ramai yang lebih berminat untuk menyokong Umno daripada parti-parti lain. Apabila ada serpihan pun macam Tengku Razaleigh (Hamzah) menubuhkan parti Semangat 46 mereka tak dapat tarik banyak ahli Umno. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) lebih berjaya sikit tapi masih lagi tak dapat mengalahkan Umno. Sebab itu pada tahun 1999 kemenangan BN masih lagi tinggi walaupun ramai juga orang Melayu yang berpendapat bahawa Anwar telah dianiaya dan dengan itu mereka tak sokong tapi orang Cina sokong dengan cukup kuat, kita masih dapat dua pertiga.

Tapi selepas itu kita dapat pemerintahan tidak menumpu kepada keperluan rakyat, sebaliknya lebih utamakan memperkayakan diri dan sebagainya. Pemimpin juga begitu, pemimpin di semua peringkat pun masing-masing nak cari peluang daripada politik untuk nak isi poket. Dengan itu orang pun mula hilang kepercayaan. Hari ini kita dapati kepercayaan itu belum kembali sepenuhnya. Tapi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ni cuba memulih semula dan sedikit sebanyak dia berjaya.

Soalan: Pengundi bawah umur 40 tahun adalah pengundi muda. Senario sebelum ini macam mana? Sebab ada yang kata 40 peratus daripada pengundi sekarang berumur bawah 40 tahun. Sebelum ini golongan muda macam mana sokongan dia pada kerajaan?

Tun M: Dulu golongan muda pun dia dapat melalui zaman dulu dan zaman sekarang. Umpamanya golongan muda dulu melalui zaman yang mana tidak banyak pembangunan di Malaysia bahkan kita dianggap sebagai negara membangun yang daif dan miskin. Dan mereka melihat perubahan yang berlaku dan mereka menghargai perubahan yang berlaku di zaman mereka. 

Sebaliknya pemuda sekarang ini mereka dilahirkan setelah negara sudah maju. Bagi mereka memanglah negara ini begini. Dia tidak pernah mengalami keadaan yang mana negara miskin, mereka tidak ada peluang bekerja, tak dapat peluang belajar, tak dapat peluang untuk menjadi ahli profesional. Dulu tiada. Sekarang ni ini dianggap sebagai perkara biasa. Dan bila kita anggap sesuatu sebagai perkara biasa kita tidak begitu menghargai. Kita menghargai bila kita dapat sesuatu yang kita tak pernah dapat.

Tapi mereka dilahir di zaman negara kita sudahpun maju dan bagi mereka ini memang keadaan biasa. Jadi dengan itu mereka tidak menghargai sebaliknya mereka terdedah dengan pengaruh-pengaruh dari Barat umpamanya berkenaan kebebasan dan macam-macam lagi dan mereka berpendapat mereka belum cukup bebas. Masih lagi tersekat dalam perkara itu dan ini. Mereka lihat di barat sana semuanya bebas, apa juga boleh lakukan, ini yang menyebabkan mereka berasa tidak puas hati lagi. Mereka nak kebebasan yang lebih lagi, yang bertambah dan sebagainya, dengan itu mereka ingin melihat perubahan berlaku. 

Bagi mereka perubahan akan datang hanya kalau parti lawan menang. Pasal parti lawan ini janji untuk membawa perubahan. Apa juga yang dikatakan oleh pihak BN umpamanya tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi tak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa perubahan pemerintahan akan membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Sebab itu keadaan sekarang berbeza dari dulu.

Soalan: Pendekatan yang diguna pakai Datuk Seri Najib mungkin berbeza dari dulu untuk mendekati orang muda, adakah pendekatan itu nampak berjaya?

Tun M: Ada kejayaan tapi tak mencukupi kerana kedudukan parti sudah jadi begitu, dalam persepsi orang, kurang baik. Sebab itu susah untuk mendapat balik sokongan.

Soalan: Mungkin ada banyak yang perlu dilakukan oleh Datuk Seri Najib?

Tun M: Dia pun tak ada masa banyak dah, tak lama lagi nak ada pilihan raya, nak buat apa dah. Bila-bila masa, jadi nak kena turun, nak jumpa seberapa banyak rakyat apa semua, susah. Jadi, ada la masalah. Masing-masing akan keluarkan masalah baru dan untuk menangani masalah-masalah ini memerlukan masa, dan dia sekarang ni tak ada masa dah. Tapi saya pikir dia dah usaha secukup mungkin. Dia bekerja keras.

Soalan: Pengalaman Tun sendiri macam mana? Bila tiba pilihan raya, nampak banyak tuntutan daripada dalam parti sendiri dan dari luar BN. Mereka macam mengambil peluang ketibaan pilihan raya ini untuk membuat tuntutan?

Tun M: Masa saya dulu orang tak tahu bila pilihan raya nak ada, jadi dengan itu belum mereka buat tuntutan kita ada pilihan raya. Tapi bila kita tunggu sampai dah nak saat terakhir yang mana kita terpaksa bubar Parlimen, tidak ada elemen kejutan lagi. Jadi semakin dekat pilihan raya semakin banyaklah tuntutan.

Soalan: Tapi Datuk Seri Najib perlukan masa?

Tun M: Ya, saya percaya dia perlukan masa.

Soalan: Tuntutan agak drastik daripada bukan Melayu, macam mana Tun lihat dia boleh buat keseimbangan untuk memenuhi tuntutan dari dalam parti yang diterajui dan dari luar parti?

Tun M: Kita berada dalam keadaan serba salah. Tuntutan yang dibuat parti lawan menyentuh kedudukan orang Melayu umpamanya. Bila orang Melayu nak jawab, kalau tak pandai jawab, dia nampak seperti rasis. Dia terlalu utamakan bangsa daripada bangsa Malaysia jadi kita dapati orang Melayu tak dapat nak menjawab kerana takut dituduh. Dengan itu mereka cuma berasa marah. Mereka tak dapat lawan apa, mereka marah tapi itu tidak begitu berkesan. Inilah jadi masalah bagi orang Melayu dan masalah juga bagi kaum-kaum yang lain kerana kita lihat sekarang ni perpecahan antara kaum lebih ketara daripada di zaman dulu.

Soalan: Mungkin ini program sentuhan hati yang perlu ditangani Datuk Seri Najib, perlu berusaha lebih ke arah perpaduan?

Tun M: Yalah kita ada 1Malaysia dan sebagainya tapi itu sebagai slogan. Kita harus dapat sambutan daripada semua kaum tapi saya perhatikan sambutan itu datang lebih daripada orang Melayu saja.

Soalan: Jadi masih banyak yang perlu dilakukan untuk bukan Melayu? Bila dilakukan banyak untuk bukan Melayu, tuntutan dalam parti pun memuncak?

Tun M: Saya fikir tuntutan daripada bukan Melayu dah banyak layanan dah bagi. Tapi bila mereka berpendapat mereka akan menjadi penentu dalam pilihan raya ni, akan mereka timbul lagi macam-macam tuntutan.

Soalan: Perpaduan dalam parti macam mana, sebab sebelum ini nampaknya kekalahan BN disebabkan dalam parti bukan kekuatan lawan?

Tun M: Saya ingat keadaaan reda sedikit. Kalau dulu memanglah kalau tak dapat jadi calon, akan menentukan calon yang dipilih akan kalah. Tapi nampak sekarang ini kurang sikit. Ada pengakuan mereka tidak akan cantas, mereka tidak akan sabotaj, tapi kita tunggulah sehingga pilihan raya nak tau sama ada betul mereka pegang kepada janji-janji mereka atau tidak.

Soalan: Nasihat Tun kepada mereka?

Tun M: Mereka harus ingat kalau amalan cantas-mencantas ini diteruskan kalau mereka jadi calon pun mereka akan kalah, akan dicantas juga. Yang penting bukan mereka menang, yang penting parti menang. Untuk parti menang maka calon-calon parti mestilah diberi kemenangan. Sama ada suka tak suka itu soal lain, pasal dia calon parti kita. Kalau kita tak bagi dia menang maka parti akan kalah. Parti akan kalah kedudukan kita tetap akan terancam.

Soalan: Mesej Tun kepada pengundi Cina?

Tun M: Selama kita Merdeka sejak tahun 1957, kerjasama antara Melayu-Cina-India MCA-Umno-MIC-Gerakan ini telah membawa banyak kemajuan bagi negara kita. Dia menyebabkan negara kita jadi stabil. Sebabnya ialah kerana ketiga-tiga kaum ini bersetuju untuk kongsi kuasa. Kerana kita berkongsi, bukan Umno ambil semua untuk Umno ataupun MCA ambil semua untuk dia, tapi kita sanggup kongsi. Kerana kita sanggup kongsi maka negara kita tidak memperlihatkan huru-hara, dan dengan itu negara kita dapat dimajukan. 

Kalau hari ini masing-masing kaum nak semua yang mereka tuntut, dan ini sudah tentu kaum-kaum yang lain akan berasa tidak puas hati, maka kestabilan negara akan tergugat dan kalau kestabilan negara tergugat kemajuan tidak akan tercapai, ekonomi tidak dapat tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat. Ini patut semua kaum faham terutama orang Cina yang berniaga. Mereka tak akan boleh berniaga dalam keadaan rusuhan kaum berlaku.

Soalan: Di Kedah macam mana peluang BN?

Tun M: Di Kedah dulu kita tak pernah kalah sehingga tahun 2008. Biasanya kita menang dua pertiga di Kedah. Tetapi timbul perasaan kecewa dan tidak puas hati di kalangan majoriti penduduk Kedah iaitu orang Melayu. Mereka kecewa dan mereka membuat keputusan untuk tidak menyokong BN. Mereka mengundi parti lawan walaupun kata mereka pedih, sakit nak undi parti lawan. Tapi saya dapati sekarang ini mereka sudah kembali percaya kepada BN dan saya yakin besar kemungkinan BN akan menang di Kedah.

Soalan: Timbul persoalan siapa MB Kedah nanti?

Tun M: Siapa MB itu tak penting. Yang penting ialah kemenangan. Kalau tak menang siapa pun tak boleh jadi MB. Kalau dok main cantas, kalah parti takdakla MB. Boleh jadi ketua pembangkang, sekarang ini kita ada ketua pembangkang di Kedah. Kalau nak dia kekal jadi ketua pembangkang, cantaslah.

Soalan: Timbalan Perdana Menteri Thailand dikatakan bertemu Tun di Langkawi untuk cari keamanan di selatan Thai. Adakah berlaku pertemuan itu?

Tun M: Saya ada berjumpa dengan Gabenor tapi saya tak bincang khusus berkenaan perkara ini. Sebaliknya kita dapati kerajaan mereka memang nak keamanan tercapai di selatan Thai tapi ia bukan mudah kerana orang-orang yang memberontak di selatan Thai ini berpecah. Kalaupun ada yang bersetuju supaya dihentikan rusuhan, ada pihak yang tak bersetuju. Jadi sementara orang ini mungkin tandatangan persetujuan, yang lain mungkin akan melakukan serangan bom dan sebagainya. Ini yang jadi masalah di selatan Thai. Kalau mereka ada satu badan saja yang berjuang dan keputusan dibuat oleh badan itu, kita dapat tamatkan rusuhan tapi setakat ini setakat yang saya tahu mereka berpecah kepada puak-puak dan kadang-kadang orang individu sendiri yang ambil tindakan.

Soalan: Tapi adakah wakil daripada pihak kerajaan Thailand datang jumpa Tun baru-baru ni?

Tun M: Adalah jugak.

Soalan: Jadi bolehkah Malaysia memainkan peranan seperti di Filipina, dengan menghimpunkan puak-puak yang ada kepada satu?

Tun M: Ini sebenarnya masalah dalam negeri Thai, jadi kita tak boleh langsung aktif. Namun demikian ada orang-orang ini yang kadang-kadang menyeberang masuk Malaysia. Jadi kita mungkin boleh cuba pujuk mereka supaya menamatkan perjuangan yang tak mungkin selesai ini kerana tak mungkin mereka dapat kebebasan. Itu yang patut mereka terima. Kalau mereka nak hantuk kepala di dinding sampai pecah kepala tak ada apa nak dapat. Jadi kita kena terima realisme, benda yang benar.

Soalan: Untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020, kita perlu mencapai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) purata enam peratus setahun. Namun pada tahun lepas dan pada tahun ini, dijangka KDNK akan berkembang sekitar empat hingga lima peratus sahaja. Adakah ini akan menjejaskan sasaran menjadi negara maju itu?

Tun M: Kalau kita tidak capai enam peratus tiap tahun dari segi angka mungkin kita tidak capailah. Tapi kita berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan negara maju adalah dalam acuan kita sendiri. Yang penting rakyat dapat kemudahan-kemudhaan infrastruktur tidak terhad kepada bandar-bandar sahaja tetapi di kawasan luar bandar juga. Kalau kita ambil kira sekarang ini di Kuala Lumpur sudah pun sampai ke tahap negara maju tetapi kita perlu tumpu kepada kawasan-kawasan yang terpencil.

Soalan: Adakah kadar nisbah hutang kepada KDNK pada tahap 53 peratus dianggap masih “sihat”?

Tun M: Saya ingat masih lagi sihat. Pendapatan kita masih meningkat. Dagangan kita masih positif. Jadi walaupun kita kira 50 peratus kita harus ingat negara seperti Greece umpamanya hutang dia lebih dari 100 peratus. Dia tidak mungkin bayar. Kita masih boleh bayar. Kita masih boleh bayar dan sekarang ini kita nampak pelaburan keuntungan tinggi. Dulu masa saya dulu Maybank untung RM300 juta kita anggap besar. Sekarang Maybank untung RM6 bilion.

Soalan: Adakah dagangan kita masih bergantung kepada Barat.

Tun M: Kita tidak lagi bergantung kepada Barat. Barat sudah merosot. Eksport kita ke Barat pun tidak boleh meningkat dan Barat juga tidak mampu untuk melabur sekarang ini. Kita lihat pelaburan datang dari Timur dan dagangan kita dengan Timur pun meningkat. Dagangan kita dengan negara China umpamanya sudah baik cukup tinggi. Dagangan kita dengan Asean juga meningkat. Jadi kita tidak perlu nilai kemajuan ekonomi negara kita berasas kepada Barat. 

Sebaliknya kita ambil keseluruhan dunia dan daripada segi keseluruhan dunia kita dapati bahawa eksport kita masih meningkat, lebihan kita masih meningkat. BNM (Bank Negara Malaysia) mempunyai simpanan sebanyak US$42 bilion…dulu masa saya US$30 bilion sahaja.
Simpanan kita memang besar…simpanan kita tinggi…umpamanya di Tabung Haji. Kita ada simpanan dalam PNB (Permodalan Nasional Bhd)…simpanan macam-macam. Lagi badan termasuk juga macam Felda. Ini simpanan cukup besar. Kita ada simpanan yang cukup besar…cukup tinggi.

Soalan: Tun pernah mengatakan negara akan muflis jika kenaikan gaji tidak seiring dengan produktiviti. Kerajaan hari ini telah menaikkan gaji penjawat awam dan menekankan tentang KPI (Petunjuk Prestasi Utama). Adakah Tun masih berpegang kepada kenyataan Tun sebelum ini?

Tun M: Saya masih berpendapat kenaikan gaji mesti disertai dengan produktiviti kalau tidak kita punya kos tinggi. Kita tidak lagi kompetitif dalam pasaran dunia. Sebaliknya negara kita adalah negara dagang yang kemajuannya bergantung kepada dagangan. Kalau kita tidak bersaing dengan negara-negara lain maka sudah tentu prestasi ekonomi kita akan merosot sebab itu amat penting kenaikan gaji diimbangi dengan kenaikan produktiviti. Juga kita perlu ingat bahawa bila kita naik gaji kosnya cukup tinggi kerana… umpamanya kita ada gaji minimum. 

Gaji minimum ini kita nak tentukan kita kena kaji dengan cukup mendalam pasal bila kita naik satu orang… katakanlah gaji dia RM700 kita naik RM900…orang yang mendapat RM900 sekarang ini dia tengok orang di bawah naik gaji sama dengan dia… dia tidak puas hati… dia nak naik juga. Bila dia naik orang lain di atas dia pula berasa tidak puas hati. Sampai ke atas sekali. Bermakna bukan naik RM200 saja…ini naik berjuta-juta kerana seluruh skim gaji perlu disesuaikan dengan kenaikan gaji minimum.

Soalan: Dalam Proton, Tun pernah berkata bahawa Proton tidak akan mengeluarkan kereta murah lagi, jadi adakah ini bermakna harga kereta itu akan naik atau ia datang bersama kualiti?

Tun M: Ia akan naik, tetapi di samping itu, kualiti kereta itu akan ditingkatkan, seumpamanya Preve yang baru kita lancar ini, dia dilancar pada masa ia belum sedia dilancar, dengan itu, kereta 1,000 pertama yang dilancar itu mempunyai banyak masalah, tetapi pengurusan Proton sekarang ini sudah mengenal pasti masalah ini dan betulkan, jadi ia adalah satu kereta yang mempunyai teknologi tinggi yang lebih kurang sama dengan kereta-kereta yang lain. Jadi saya harap gambaran pertama berkenaan dengan Preve ini dapat dihapuskan, dan mereka akan menggunakan Preve ini kerana fungsinya cukup baik dan tidak seperti masa ia dilancarkan.

Soalan: Pada masa ini Tun adakah Proton akan kembali dibanggakan kerana sekarang ini jenama-jenama seperti Toyota, Honda telah mengambil alih TIV?

Tun M: Saya mendapati bahawa kita sahaja amalkan dagangan terbuka ini, kita buka negara kita kepada import tambahan, dengan itu kereta dari negara asing masuk, mereka dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi yang mana overhed mereka sudah pun dihapuskan, ia dah pulih semua, jadi dia boleh jual dengan harga murah di sini kerana pasal dia dah dapat balik dah pelaburan dia, melunaskan sepenuhnya pasal dia keluar katalah satu satu unit, dia keluar satu juta biji, dijualnya di negara lain apa semua lebih daripada 900,000 kereta dan di Malaysia dia jual 50,000, ini dia kurangkan separuh harga pun dia masih untung, tapi Proton tak boleh buat macam itu kerana kita keluar 150 biji kereta, bermacam-macam model, kita punya kos overhed sangat tinggi, kalau kita disuruh bersaing dengan pengeluar kereta daripada negara maju, sudah tentu kita tak mampu, sebab sekarang jualan Proton dia turun dari 80 peratus kepada 26 peratus dan kita dapati orang Malaysia sendiri tidak percaya kepada Proton, kalau harga murah pun mereka tak beli juga, kalau kualiti baik pun mereka tak beli pasal masing-masing nak beli kereta import sebab ada jenama import dengan dia punya reputasi dia lebih baik lah, tapi kalau kita nak bagi maju kalau pasaran sendiri tak menolong kita, mustahil kita boleh dapat bantuan daripada pasaran lain.

Soalan: Jadi adakah ini bermakna bahawa Proton harus fokus kepada pasaran eksport?

Tun M: Ya, kita mesti, dan akan pergi ke pasaran eksport, ini memang rancangan kita, pasal pasaran domestik ini kecil, kalau kita nak keluar kata lah 500,000 setahun, kita mesti pasaran eksport, tetapi di masa yang sama kita punya pasaran domestik mestilah menerima kita kalau kita buka negara kita kepada import begitu banyak, walaupun Proton mengeluarkan kereta yang berkualiti dan harganya murah, tetapi kereta asing ini dia jual banyak mana pun, dia boleh turun harga RM10,000, Proton tak mampu, kerana dia untung di tempat lain, dia nak bagi turun harga di sini supaya dia dapat menembusi pasaran, itu mudah bagi dia.

Soalan: Dan bagaimana pula dengan inisiatif hijau?

Tun M: Yang inisiatif hijau sebenarnya kita banyak bercakap mengenai inisiatif hijau, kebanyakan orang tak sedar. Sebenarnya semua jenis kereta gagal. Yang membuat kereta elektrik dari negara-negara maju, semuanya gagal, semuanya tak boleh capai sasaran yang ditentukan, jadi kita sedang berusaha, tapi kita juga tak capai, demikian juga dengan apa nama hibrid. Hibrid pun belum maju dan kos bateri kadang-kadang begitu tinggi sehingga satu jenama itu, kos kereta itu empat kali ganda kereta besar itu yang pakai elektrik, empat kali ganda… siapa nak beli? Sebab itu sehingga sekarang walaupun ada subsidi kerajaan masih tak laku, yang ini kebanyakan daripada wartawan Malaysia pun tak tahu, tetapi sepatutnya buat kajian tengok apa jadi kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan kereta elektrik seumpamanya dia boleh jual. Apa dia punya harga pasal kos bateri sangat tinggi? Satu bateri RM1,000, kalau kita pakai 24 bateri RM24,000, itu kos bateri sahaja, kadang-kadang lebih daripada itu. Jadi soalnya kalau kita nak hijau kita kena bayar, tapi siapa nak bayar, dia tengok oh ini pasal lebih baik bayar, …ICE punya kah, injin ‘internal combustane’.

Soalan: Tun pergi (lawat) LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) tahun ni?

Tun M: Kena pergila…saya seronok tengok kapal terbang.

Soalan: Anda akan mencapai umur 88 tahun ini, dan biasanya bagi orang Cina angka 88 itu ong (bertuah). Jadi apa harapan Tun untuk tahun ini?

Tun M: Tak tahulah ong tak ong yang tau saya dah 88. Berapa lama lagi ada itu tak tahulah itu yang penting. Orang tua dia pi lah. Orang muda pun kadang-kadang pergi dulu tapi orang tua dia tetap tak boleh lari.

Soalan: Tun masih aktif. Dah 10 tahun bersara tak nampak menurun.

Tun M: Selagi kita sihat, boleh buat kerja, duduk melengung di rumah apa buat.

Soalan: Pasal pilihan raya…macam mana dengan Pas?

Tun M: Dia boleh balik sertai dengan Umno tapi kena diperbetulkan. Macam dia panggil 3 juta ahli Umno ni kafir, murtad, takkan kita nak kerja dengan orang yang panggil kita murtad. Dia kena pegang kepada ajaran Islam. Itu bukan asas ajaran Islam. Dalam Islam kamu tak boleh kafir orang dengan mudah. Dalam Islam mesti adil, adil bermakna kamu kena hukum setelah mendengar semua bukti-bukti kata orang ini kafir. Ini dengan sewenang-wenangnya (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kata orang Umno semua kafir. Kita ada 3 juta orang Umno. Bolehkah dengan begitu saja kata orang kafir. Saya ni kafir? Sekarang ni ada buku keluar (bertajuk) Kafirkah Aku? Ini semua politik. Ini politik nak menang pilihan raya. Supaya pengikut dia anggap saya ni kafir.

Soalan: Pengaruh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) macam mana?

Tun M: Anwar cuma nak jadi Perdana Menteri. Dia tak kira apa. Dia punya jiwa pun dia jual. Asal jadi Perdana Menteri ja. Dia buat (parti) Keadilan bukan pasal keadilan, pasal nak jadi Perdana Menteri. Kalau dia Perdana Menteri adillah tu. Macam mana pun takpalah.

Soalan: Tapi kenapa dalam Pakatan mereka tidak mencapai persetujuan siapa nak jadi Perdana Menteri?

Tun M: Dia bukan gabungan. Jangan lupa ini bukan satu gabungan. BN satu gabungan. Dia ada satu kepala. Kita duduk bersama dalam satu mesyuarat. Dia tak ada gabungan dia cuma pakat nak menang saja. Lepas tu bila nak jadi pemerintah, PAS cari belah sini, DAP belah sini, Keadilan dia jadi Perdana Menteri yang tu saja.

Soalan: Sokongan orang muda Tun nampak macam mana kepada Anwar atau bagaimana?

Tun M: Ada orang muda yang sedar. Tapi ada juga orang muda yang terpengaruh dengan barat umpamanya. Terlalu lama BN memerintah kita nak ubah itu saja. Pasal mereka dilahir setelah kita dah maju. Jadi dia tak tau keadaan sebelum maju jadi dia tak hargai. Dia dapat biasiswa, dia dapat pelajaran pun kerana kita. Tapi la ni orang Melayu diajar supaya jangan berterima kasih, jangan bersyukur. Terima duit RM500 tapi jangan undi, jangan kata terima kasih. Ini budaya Melayu yang baru. Jangan kata terima kasih.

- Bernama