IPOH, 3 JAN: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming akan menyaman blog pro-BN, Pisau.net dan akhbar Berita Harian kerana menyiarkan laporan palsu berkaitan ‘rasuah tanah’ untuk jawatan Menteri Besar Perak pada 2008.
Menurut Ngeh, Pisau.net yang dikendalikan Mohd Jefferey Amin Abdul Hamid dan menggunakan nama samaran ‘Encik Pisau Suka Hiris’ pada blognya bagi mengelak identitinya dikenali.
“Saya mencabar blogger terbabit mendedahkan identitinya secara terbuka dan tidak menjadi pengecut. Kegagalan beliau berbuat demikian adalah satu pengakuan bahawa artikel yang diterbitnya adalah satu pembohongan semata-mata,” ujar Ngeh.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, dalam carian dan semakan yang dibuat, Mohd Jefferey Amin adalah seorang daripada eksekutif di sebuah agensi Kerajaan BN Negeri Perak, Yayasan Bina Upaya.
“Kini kita boleh lihat bahawa tuduhan palsu itu dirancang oleh BN sendiri,” jelas Ngeh.
Tambah beliau, selain dua pihak terbabit, tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terus mensenasikan fitnah itu.
Sebelum ini, Pisau.net melaporkan berita palsu dengan menuduh Kerajaan Negeri Kelantan menganugerahkan tanah seluas 10,526 ekar kepada beliau dan Nga Kor Ming sebagai pertukaran bagi melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Bagaimanapun, katanya, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali kerana apa yang berlaku bukanlah anugerah tanah sebaliknya satu transaksi urusniaga pembelian yang normal pada 2012.
rocketkini.com
Aku suka bila Ngeh kata ianya satu transaksi urusniaga pembelian yang normal pada 2012. Meniaga apa wahai Ngeh? Cantik punya niaga yer? Nik Aziz ingat tanah Gua Musang tu tanah bapak dia senang-senang nak niaga?
Penat-penat orang asli jaga tanah tu, Nik Aziz senang-senang nak niaga pada cina DAP dari Perak. Apakah hasil dari perniagaan itu menguntungkan orang tempatan? Atau hanya yang kenyang adalah pemimpin PAS?
Bodoh punya pemimpin Islam. Berurus niaga dengan orang yang menolak Islam secara terangan. Rakyat jelata jadi mangsa keadaan. Kalau betul ianya urusniaga yang elok, Nik Aziz perlu nyatakan ke mana wang hasil jualan itu pergi.
Ngeh pula perlu buktikan bahawa perniagaan yang dibuat itu mendapat limpahan keuntungan buat rakyat tempatan. Ingat rakyat Kelantan bodoh ker?
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.