Lagi Isu ADUN PAS Main Bini Orang? Ini Di Terengganu.
PEMIMPIN PAS selalu dianggap sebagai pemimpin yang maksum dengan berimejkan jubah, serban & kopiah. Mereka dipatuh, dipuja bagaikan tidak ada pemimpin dari parti lain yang boleh dipercayai melainkan dari Parti PAS.
Tetapi malang bagi seorang penyokong tegar PAS apabila dia telah dikhianati oleh seorang YB dari parti yang dianuti sekian lama di Kuala Terengganu. Beliau mendakwa berasa teramat sedih & menderita apabila ISTERINYA DIRAMPAS OLEH SEORANG YANG BERHORMAT ADUN YANG BEGITU DISANJUNG SELAMA INI.
Kisah bermula apabila isterinya ditawarkan untuk menjaga isteri YB PAS Adun ini yang ketika itu sedang sakit kerana komplikasi penyakit darah tinggi.
Selama 6 bulan isterinya berulang alik dari rumahnya di Kg Bukit Kecil ke rumah YB PAS Adun tersebut bagi menjaga isterinya. Kadang-kadang isterinya akan ke rumah YB tersebut pada waktu malam .Dia sebagai suami tidak pernah mencurigai isterinya kerana dia percayakan isterinya. Lagipun seorang YB dari parti yang memperjuangkan Islam tidak akan mengkhianatinya.
Dia mula syak sesuatu yang tidak kena apabila isterinya masih juga ke rumah YB tersebut walaupun isteri YB berkenaan telah meninggal dunia.Apabila ragu,curiga dan syak wasangka menguasai fikiran, dia mula bertanya kenapa isterinya masih ke rumah YB. Isterinya pula memberikan berbagai alasan. Mereka bergaduh kerana hal ini. Kejadian tersebut berlarutan sehingga beberapa bulan.
Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila dia diberitahu orang kampung, YB tersebut pernah dilihat berada di rumah mereka di Bukit Kecil bersama isterinya ketika dia tiada di rumah.
Keadaan rumahtangga mereka meruncing apabila isterinya meminta cerai tetapi dia tetap bertahan dan bersabar kerana dia masih sayangkan isterinya ketika itu.
Namun sebagai jalan terakhir, isterinya menuntut fasakh di mahkamah. Kerana tidak mahu menanggung dosa, dia telah menceraikan isterinya.
Akhirnya terbukti apabila selepas setengah tahun kemudian isterinya telah berkahwin dengan YB tersebut, sehingga kini dia merasa amat terhina dengan perbuatan itu serta merasa teramat aib dengan masyarakat.
Dia sungguh tidak sangka seorang YB yang disanjungnya selama ini telah mengkhianati kepercayaanya & seoarang penipu yang sanggup merampas isterinya secara kotor & hina.
Demikianlah secebis kisah seorang penyokong tegar Parti PAS yang akhirnya terpaksa menceraikan isterinya yang mahu berkahwin dengan seorang Yang Berhormat ADUN.
Seperti yang semua tahu semua DUN di Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan PAS semasa PRU2008 kecuali DUN Bandar yang diwakili oleh MCA. Parlimen Kuala Terengganu pula di menangi PAS dalam pilihanraya kecil 2009. Maknanya kisah yang diceritakan diatas adalah kejadian YB PAS di Kuala Terengganu.
Jadi selagi kita dijadikan sebagai manusia, jangan kita mengganggap insan berjubah, berkopiah atau berserban itu adalah manusia maksum yang tidak melakukan kesilapan seolah tidak bernafsu.
Insyaallah, kisah ini akan dibongkar lagi dari masa ke semasa sehingga kita temui siapa YB PAS ini.....
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.