Tidak ada yang terbaik diharapkan oleh muslim di Malaysia selain melihat umat terus bersatu. Aku tidak nampak yang kepimpinan Najib Razak hari ini prejudis kepada orang lain. Asalkan ianya membawa kebaikan kepada semua, Najib Razak akan terima siapa sahaja yang ingin bantu negara dan umat.
Ustaz Nasha bekas Timbalan Presiden PAS yang juga masih ahli PAS, dilihat bersama dengan Najib Razak ke bumi Gaza atas nilai keprihatinan seorang manusia yang sama agama.
Kalaulah Najib ini seorang yang kejam seperti mana dilabelkan oleh puak pembangkang, sudah pasti tidak ada ruang untuk Ustaz Nasha bersama dengan Najib ke Gaza. Namun, atas nama nilai perjuangan untuk agama dan bangsa, Najib membuka ruang seluas-luasnya untuk sesiapa sahaja.
Kalau dikira, Nik Aziz memurtadkan UMNO, Haji Hadi mengkafirkan UMNO sudah cukup untuk Najib jadikan alasan bahawa Ustaz Nasha (ahli PAS) tidak boleh bersama dengan beliau ketika di Gaza. Namun Najib lansung tidak endahkan dengan perangai Nik Aziz dan Haji Hadi yang gilakan kuasa. Mungkin bagi Najib, bukan semua ahli PAS samdol macam Nik Aziz dan Haji Hadi.
Hari ini, rakyat semakin yakin dengan kepimpinan Najib Razak. Setelah mengambil alih kepimpinan dari Pak lah, banyak perubahan yang telah Najib Razak lakukan.
Aku yakin yang PRU 2008 pengundi ramai yang menolak kepimpinan Pak Lah bukanya menolak BN. 2013, nakhodanya adalah bapa transformasi. Rakyat akan kembali menghukum PR pada hari membuang undi. PR harus bersedia menerima Tsunami Politik di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment