Rakyat Kelantan mula bangkit. Mereka yang bangkit hari ini bukan sahaja Ketua UMNO Bahagian, bukan lagi pemuda UMNO, tetapi ianya semakin parah apabila melibatkan kumpulan ilmuan ugama itu sendiri.
Sebelum ini, mungkin kumpulan ulamak ini lebih suka berdiam diri dan tidak mahu campur dalam urusan politik kepartian. Tetapi semenjak PAS mula bersekongkol dengan DAPig, mereka keluar untuk menentang PAS secara terbuka.
Buku bertemu dengan ruas. Itulah kata yang paling layak kita katakan pada PAS hari ini. Kalau sebelum ini PAS rasa selesa kerana jarang kumpulan ulamak menentang mereka, tetapi hari ini ancaman besar buat PAS.
Kepincangan yang melampau dalam perjuangan PAS telah menyebabkan kumpulan ugama ini bangkit untuk menceritakan kebenaran kepada rakyat Kelantan.
Mereka ini bukanya bangkit kerana isu air bersih yang tidak selesai di Kelantan, mereka juga bukan bangkit kerana korupsi balak dan tanah dikalangan pemimpin PAS, mereka tidak bangkit hanya kerana pemimpin PAS suka main bini orang, tetapi kebangkitan mereka ini berpunca apabila PAS cuba menyalahgunakan ugama Islam demi kepentingan peribadi.
Cubaan PAS gadai nama Allah pada orang Kristian, PAS yang suka kafirkan orang sesama Islam, PAS salah gunakan ayat al-Quran untuk kepentingan parti menjadi faktor kepada kebangkitan kumpulan ulamak ini.
Kebangkitan kumpulan ini sedikit sebanyak akan menyedarkan rakyat Kelantan akan kejahilan pemimpin PAS yang menipu di sebalik serban yang besar.
PAS bukanya agama, PAS hanyalah sebuah parti politik yang wujud akibat dari kekecewaan salah seorang bekas pemimpin UMNO yang kecewa kalah bertanding dalam Majlis Tertinggi suatu ketika. Kewujudan PAS adalah titik tolak kepada perpecahan orang Melayu di Malaysia.
Perpecahan ini menjadi semakin ketara apabila segelintir pemimpin PAS mengeluarkan fatwa dan amanat yang songsang hingga melahirkan anak yang sanggup kafirkan ayah.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.