About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, January 3, 2013

3 Juta Ahli UMNO Menjadi Kafir?



"Saudara-saudara sekalian, percayalah..kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana nama dia Barisan Nasional. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan dengan mereka".

"Percayalah suadara saudari sekalian...perjuangan kita adalah jihad... ucapan kita adalah jihad...derma kita adalah jihad...dan kerana kita melawan dengan puak-puak ini kalau kita mati lawan puak-puak ni, mati kita adalah mati syahid". (Haji Hadi Awang)

Kafirkan Ayah Sendiri Selepas Percaya Dengan Amanat Haji Hadi.

"Hak orang Islam dalam negara Islam, bukan sahaja dia boleh menajdi rakyat, tapi dia juga boleh menjadi pemerintah, boleh jadi kerajaan, boleh jadi pemimpin. Tetapi hak orang yang bukan Islam dalam negara Islam, dia diizinkan menjadi rakyat tetapi tidak diizinkan menjadi pemerintah".(Haji Hadi Awang)

Nik Aziz Sanggup Jadikan Lim Kit Siang Sebagai TPM.
Aku dapat rasakan, kehancuran Islam di atas dunia ini bukanya kerana kehebatan agama lain untuk melawan Islam. Tetapi yang jelas, kebodohan orang Islam itu sendiri menjadi rakus dan jahil sehingga sanggup bertuhankan syaitan demi matlamat peribadi.

Kalau kafirkan mengkafirkan hanya menjadi perkara biasa bagi orang PAS, kalau kalimah Allah PAS sanggup gadaikan pada orang Kristian, ini beerti PAS bukan lagi Parti Islam. PAS lebih baik gelarkan diri mereka Parti Gadai Islam.

Beserban bukan beerti kamu baik, berkopiah bukan beerti kamu alim. Kadang-kadang yang berkopiah dan berserban itulah lebih jahil dari segala makhluk. Manusia yang penuh dengan hipokrit.

Hampir 3 juta ahli UMNO beragama Islam telah dikafirkan oleh Haji Hadi dan Nik Aziz. Bila masa Nik Aziz dan Hadi nak jumpa 3 juta ini untuk mohon maaf? Dikalangan 3 juta ini juga ada yang imam, bilal, guru ugama Islam yang tentunya memperjuangkan agama Allah. Sempatkah Nik Aziz dan Hadi mohon maaf sebelum mati?


No comments: