YAB PM perlu lihat dan hayati pengorbanan setiap ahli UMNO. Mereka dalam video ini tidak mengejar jawatan bahkan projek besar-besar. Bagi mereka perjuangan agama dan bangsa perlu diletakkan di barisan paling hadapan.
UMNO pasti parti yang paling relevan untuk mendaulatkan Islam dan perkasakan bangsa Melayu. Mereka menangis bukan kerana sedih. Tapi tangisan mereka tangisan ikhlas untuk perjuangkan agama, bangsa dan tanahair.
Pemimpin perlu kenang jasa ahli dan rakyatnya. Kalau bukan kerana ahli dan rakyat, pemimpin itu tidak mungkin berada di atas. Bumi mana tidak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora. Aku yakin pemimpin kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan.
Pemimpin membuat salah bukan beerti kita boleh gadai agama dan bangsa, Menukar kerajaan bukan beerti kita menghukum pemimpin tetapi kita menghancurkan legasi bangsa dan agama.
Pemimpin silih berganti. Dari Tunku Abdul Rahman, bertukar kepada Tun Razak. Kemudian disambung oleh Tun Hussin dan diganti Tun M. Kemudian Pak Lah ambil alih dan hari ini Najib mengemudi Malaysia. Jasa mereka cukuplah besar untuk kita berterima kasih.
Mungkin suatu hari kita pula di angkat sebagai pemimpin dengan takdir Illahi. Waktu itu kita akan tahu, bahawa langit ini cukup tinggi. Tegurlah pemimpin dengan cara berhemah kalau mereka ada salah dan pemimpin juga perlu dengar setiap denyut nadi rakyat.
-Semoga Allah Memberkati Perjuangan UMNO-
-TOKGURU86 Ahli UMNO Bukit Bintang-
No comments:
Post a Comment