HUDUD, QISAS dan TAKZIR adalah perkara yang berkaitan dengan hukum atau perundangan Islam yang mempunyai definisi - definisi yang tersendiri dan sangat berbeza maksud dan hukum perlaksanaannya. Dengan kata lain 3 perkara tersebut adalah berlainan hukum walaupun dalam satu kategori.
SEMUA ULAMA FIQH BERSEPAKAT BAHAWA KESALAHAN HUDUD IALAH 7 PERKARA :-
1. Murtad
2. Minum Arak
3. Mencuri
4. Merompak
5. Berzina
6. Menuduh Berzina
7. Memberontak
Tajuk Draf HUDUD PAS di Kelantan dan Terengganu tak sama begitu juga kesalahan Hukum HUDUD ?
Tajuk Draf Hudud Kelantan ialah :-
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 SUSUNANSEKSYEN-SEKSYEN PERMULAAN
Tajuk Draf Hudud Terengganu ialah :-
DRAF CADANGAN RANG UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU
PERBEZAAN JENIS JENAYAH HUDUD DIANTARA KELANTAN(6) DAN TERENGGANU (7).
KELANTAN
1. Murtad
2.Minum Arak
3. Mencuri
4. Merompak
5. Berzina
6. Menuduh Berzina
TERENGGANU
1. Murtad
2.Minum Arak
3.Mencuri
4.Merompak
5.Berzina
6.Menuduh Berzina
7.Memberontak
Memberontak tak ada di Kelantan tetapi diakui di Terengganu
JENAYAH MEMBERONTAK
Dalam bahasa Arab ianya disebut Al Baghy . penggunaan biasa membawa maksud berusaha memperoleh sesuatu.
IMAM SHAFIE memberi erti : Pemberontakan dan Penderhakaan terhadap pemimpin. Satu gerakan teratur yang dirancang.
Draf Hudud Terengganu memberi definisi penderhaka (Bughah) : Keluar daripada mematuhi pemerintah secara kekerasan. Suatu tindakan sekumpulan orang Islam yang tidak mematuhi pemerintah secara kekerasan tanpa alasan yang pasti.
Bughah terbahagi kepada 3 :-
1. Penderhakaan kepada pemerintah
2. Menggunakan kekerasan
3. Niat jahat
HUKUMNYA : HALAL DIPERANGI
Sama samalah kita membuat penilaian apa yang berlaku dalam negara kita hari ini
NEGARA ISLAM YANG DIHAJATI TETAPI NEGARA KEBAJIKAN YANG DIIKUTI.
Hudud hanya bergema atas pentas ceramah setiap kali nak pilihanraya jer puak PAS. Padahal depe pun retorik konon nak buat hudud.
ReplyDelete