Wednesday, December 19, 2012

Panas!!! Pemimpin Politik Malaysia Dijangkiti HIV!! Siapa?



SYED Atief Syed Abu Bakar,anak muda dari Perlis mengulas panjang tentang keterlibatan pemimpin yang menjadikan diri mereka sebagai pelacur politik masa kini dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kaya dan berkuasa.

Mereka ini memperalatkan parti untuk mengisi tembolok mereka,mereka ini memperalatkan nama perjuangan untuk kepentingan peribadi mereka,menjaja nama dengan menjadikan parti sebagai mangsa mereka.

Kata Syed Atief,kancah  politik Melayu, dalam mana jua parti, semakin terkepung dengan tawar-menawar imbuhan kewangan dan harta kebendaan untuk mengetepikan garapan perjuangan yang berprinsip, bermaruah dan terarah. Penggadaian prinsip dan maruah kerana imbuhan kewangan seperti ini tidak lebih daripada hakikat seorang pelacur. 


Sebagai parti yang sedang memegang tampuk kuasa, UMNO tidak lepas daripada menjadi lubuk rezeki kepada pelacur-pelacur politik. Para navigator politik menjadi sasaran utama punca rezeki mereka.


Resmi pelacur, berbogellah dia diatas ranjang bila mulut diperosok dengan wang ringgit dan harta kebendaan.  Resmi pelacur, bayar dulu baru boleh servis. Tiada duit, tiadalah servis.  Resmi pelacur, bila dibayar bolehlah diratah semahu-mahunya oleh pelanggan-pelanggan yang membayar.  Resmi pelacur, lagi tua lagi murah nilai maruah dan harga dirinya.


Harga langganan pelacur biasanya berbeza-beza mengikut umur dan pakej yang ditawarkan. Diantara pakej yang biasa ditawarkan ialah 1-way, 2-way dan 3-way.  Pelacur 3-way biasanya pelacur yang melangkaui usia 40 tahun yang terpaksa menyerahkan segalanya yang di dalam atau di luar tabi’ie untuk mendapat kadar bayaran yang diinginkannya.

Pelacur-pelacur politik mengusahakan pelbagai helah dan muslihat untuk mengaut keuntungan besar untuk dirinya sendiri.  Muslihat yang paling mudah ialah dengan menjaja apa yang dikononkannya sebagai “perjuangan bangsa”. Momokan transformasi mereka tidak lebih sekadar bebelan retorik untuk mengalas kepentingan diri yang membuak-buak.

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.