Tuesday, December 11, 2012

Misi #SaveGaza Bertukar Kempen Politik.


Puluhan ribu Muslim di Gaza terbunuh kerana kekejaman Israel yang mana suatu ketika Anwar sendiri yang menyokong penuh keselamatan negara Israel. Apakah dengan kibaran bendera PKR dan PAS menjadikan rakyat Gaza rasa terselamat dan Israel akan berundur?

Apa motif sebenar bendera ini dikibarkan di bumi Gaza? Kenyangkah perut anak-anak kecil Gaza dengan kibaran bendera tersebut? Apakah kibaran bendera itu mampu menjadi perisai kepada bedilan peluru? Atau kibaran bendera itu hanya bertujuan untuk politik?


Mereka tidak kira tempat dan masa berpolitik. Di Stadium waktu menyaksikan pertandingan bola PAS dan PKR kibar bendera dalam stadium, waktu solat dalam masjid bersejadahkan bendera PAS biarpun ada sejadah disediakan, di Gaza pun, PAS dan PKR kibar bendera politik.

Tidak salah untuk kita sertai misi save Gaza, tetapi biarlah kena caranya. Jangan niat kita dari awal mula terpesong. Bantulah mereka yang lemah kerana Allah bukanya kerana kuasa politik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.