15 JAMADIL AKHIR 1401 HIJRAH.
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tentang hal tersebut. Mesyuarat khas yang diadakan itu dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al' Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan (Dato Mohd Noor Ibrahim) dan dihadiri oleh semua jemaah ulama' yang terdiri dari:-
1) Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2) Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3) Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik - Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4) Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff - 383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5) Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6) Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7) Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - Iman Besat Masjid Muhammadi.
8) Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama
Kelantan (JASA) Lundang,Kota Baru.
Mesyuarat khas iti telah membahaskan perkara-perkara berkaitan amanat Haji Hadi serta juga ceramah-ceramah yang disalin dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:-
"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR, MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA TERSEBUT SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM".
8 perkara yang dibincangkan ialah:-
1. Tidak sah jika sembahyang dibelakang orang UMNO.
2.Haram dimakan daging sembelihan orang UMNO.
3.Terfasakh pernikahan diantara orang UMNO dengan orang bukan UMNO.
4.Tidak sah akad nikah oleh Imam daripada UMNO.
5.Akad nikah yang dibuat oleh imam UMNO perlu diperbaharui.
6.Mayat orang UMNO tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam.
7.Jenazah orang UMNO tidak boleh disembahyangkan kerana murtad dan orang UMNO
tidak boleh melakukan sembahyang jenazah terhadap orang bukan UMNO.
8.Orang UMNO tidak perlu sembahyang atau menunaikan haji kerana amalan mereka tidak
diterima Islam.
Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat Islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.
Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.
(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
KALO DUIT MEMALI PUNG MUNG NAK MALING BAIK JADI BEROKMAKYEH NATEBROKMUNG. BERKAWAN DGN SYAITAN KATANYA PORKNIK.
ReplyDelete