Aku baru dapat gambar dikirimkan melalui sms dari seorang kawan yang berada di Lumut. Anak muda seramai 100 orang telah berkumpul di Samudera kemudian menuju ke balai polis Sitiawan untuk membuat laporan polis terhadap Nik Aziz MB Kelantan yang telah mengeluarkan kenyataan memurtadkan UMNO.
100 orang anak muda dengan menaiki motosikal berarak dari Samudera sambil berpakaian t-shirt Anak Muda Pilih BN tiba di balai polis Sitiawan kira-kira jam 4:30 petang.
Nampaknya, bukan sahaja veteran UMNO yang bengang dengan Nik Aziz mulut longkang yang sesuka hati mak bapak dia nak murtadkan orang lain, bahkan mendapat respon oleh kumpulan anak muda.
Kebangkitan anak muda ini memberi petanda yang buruk buat PAS atau pembangkang secara keseluruhanya. Tingkah laku PAS yang semakin ekstrem ini telah banyak menyedarkan rakyat bahawa PAS bukanya perjuangkan agama Allah, sebaliknya parti tungangan DAP.
No comments:
Post a Comment