Berikutan doa KO BN BN KO oleh adik Nik Aziz iaitu Nik Razi, salah seorang artis yang semakin cenderung kepada PAS mula meluahkan isi hatinya melalui akaun twitter milik beliau. Bagi Hairie, doa tersebut sangat ekstrem dan boleh menyebabkan orang yang mahu mendekati PAS tertanya adakah ini cara Islam yang sebenar.
Apapun aku harap Hairie boleh baca yang aku nak respon. Buat Hairie, untuk makluman anda Nik Razi adalah orang kuat PAS. Doa yang Nik Razi baca itu bukanya mewakili orang Islam sebaliknya hanyalah mewakili orang PAS.
Hairie sepatutnya tidak perlu sangsi dengan isu doa tersebut sebab PAS bukan agama tapi hanyalah parti. Doa KO BN itu adalah doa ciptaan PAS bukanya doa tuntutan agama Islam.
Doa KO BN tersebut adalah mengambarkan itulah PAS yang sebenar bukanya Islam yang sebenar. Hairie patut reti beza antara PAS dan Islam. Sejujurnya aku menyarankan Hairie untuk tidak taksub dengan PAS jika benar mahu kembali kepada Islam sebenar.
Hairie kena yakin bahawa PAS tidak menjamin kita ke syurga, tetapi hanya Islamlah yang akan membawa kita ke jalan yang benar. Mungkin Hairie tidak ada pengalaman yang banyak tentang politik PAS maka sebab itu Hairie tertanya-tanya dengan isu doa tersebut.
Untuk makluman Hairie juga, PAS sudah lama celaru tentang agama Allah. Kafir mengkafir sesama muslim sudah lama di amalkan dalam PAS. Jadi ianya tidak pelik jika sehingga hari ini PAS masih mengamalkanya.
Presiden PAS jugalah yang mengeluarkan fatwa bahawa UMNO adalah kafir untuk pengetahun Hairie. Silalah nilai wahai Hairie, apa sebenarnya perjuangan PAS yang anda sertai itu?
Selamat beramal...
1 comment:
satu pandangan dan nasihat yang baik untuk Hairie. diharapkan paparan ini sampai ketatapan Hairie. Islam menyuruh kita ingat mengingati antara sesama manusia. semoga terbuka hijab dan dapat menerima nasihat dari penulis sebagai satu tuntutan Islam.
Post a Comment