Friday, November 2, 2012

KELANTAN DALAM BAHAYA!! PERLU TUKAR!!

Kenapa Kelantan dalam bahaya? Bukan Kelantan sebenarnya di tahap bahaya tetapi rakyat Kelantan dalam risiko yang tinggi untuk diserang pelbagai penyakit jika masalah ini berterusan.

Umum tahu yang masalah air di Kelangan sehingga hari ini masih gagal diuruskan oleh kerajjan PAS Kelantan walaupun 22 tahun sudah mentadbir.

Hasil kajian, kualiti air di Kelantan adalah paling terkotor dan mengandungi bakteri E-coli. Bakteria ini boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit yang boleh membawa maut.


22 tahun duduk di kerusi sofasebagai pentadbir negeri Kelantan, apa yang Nik Aziz dan anak buah beliau buat? Ceramah politik 24 jam kemudian minta derma dari rakyat. Rakyat minum air cemar, Nik Aziz aik kereta mewah.

Rakyat tidak marah bahkan sedikit pun tidak pernah halang untuk PAS buat ceramah kutuk BN, tapi jangan sampai tanggungjawab sebagai pentadbir negeri diabaikan.

Rakyat tidak kenyang dengan ceramah politik dan ceramah politik juga tidak boleh jadi penawar kepada penyakit yang rakyat tanggung. Rakyat Kelantan perlukan bekalan air yang bersih untuk makan dan minum.

Bukankah menyediakan air yang bersih kepada rakyat adalah fardhu ain mengikut Islam? Air bersih itu akan sekaligus dapat menjaga kesihatan rakyat jelata. Bukankah Islam juga menuntut umatnya sentiasa utamakan kesihatan?

PAS berdentum menghentam BN kononya tidak menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Dalam kes air bersih ini, PAS jaga kebajikan rakyat Kelantan?

22 tahun nak selesai masalah air pun gagal, ada hati nak perintah Malaysia. RETORIK perjuangan PAS. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.