Retak menanti belah puak Pakatan Pembangkang sebenarnya. Pastinya ahli PAS golongan ulamak menentang keras jika Anwar menjadi PM jika Pakatan Berjaya menang majoriti mudah selepas PRU13 nanti. Bagi golongan segelintir ulamak dalam PAS mahukan Presiden mereka menjadi PM.
Sewaktu berlansungnya muktamar PAS di Kota Bharu, tersebar risalah seperti gambar di bawah. Gambar ini diemailkan pada aku pada 16 November 2012. Risalah tersebut menulis, antara Anwar dan Hadi siapa lebih layak menjadi PM.
DAP tetap konsisten untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM jika pakatan menang nanti. DAP pasti tidak akan bertoleransi untuk membuka laluan kepada Hadi agar menjadi PM. DAP yakin hanya Anwar yang boleh menjadi penghubung antara DAP dan ahli PAS golongan erdogan. Maka sebab itu DAP tetap berkeras mahukan Anwar diangkat sebagai PM.
Anwar Ibrahim sebenarnya takut dengan golongan ulamak PAS. Anwar Ibrahim juga tahu sebenarnya hanya golongan erdogan dalam PAS menerima Anwar sebaliknya segelintir ulamak menolak secara total Anwar Ibrahim. Erdogan dikepalai oleh Mat Sabu dan Husam Musa.
Melihat keadaan inilah PAS hanya dibenarkan bertanding 60 kerusi PRU13 akan datang. Anwar kalau boleh tidak mahu PAS menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Pembangkang. Agihan kerusi ini dilakukan oleh kumpulan profesional DAP.
Menggunakan alasan orang cina mula bersatu dibawah DAP, maka DAP layak bertanding kerusi parlimen lebih banyak berbanding PAS. Selepas PRU13, tidak mustahil DAP menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Pembangkang seterusnya mempunyai hak yang mutlak untuk menentukan Anwar sebagai PM Malaysia.
Persoalanya, kenapa Anwar Ibrahim? Kenapa DAP tidak memilih dikalangan mereka untuk menjadi PM? Jawapanya mudah. DAP bukan parti yang bodoh. DAP juga mahukan undi dikalangan orang Melayu. Mereka masih percaya bahawa Melayu majoriti dalam Malaysia. Jika awal-awal mereka declare Lim Kit Siang sebagai PM, pasti orang Melayu tidak memberi undi kepada PAS dan PKR.
Kenapa Anwar bukanya Azmin Ali atau Izzah? Untuk makluman pembaca, DAP menyimpan seribu rahsia perilaku Anwar Ibrahim. Bukankah Karpal Singh antara peguam bela kes liwat Anwar Ibrahim? Segalanya Anwar telah menceritakan pada Karpal Singh selaku anak guam kepada peguam.
Waktu Anwar dalam UMNO, Karpal Singh jugalah yang mendakwa Anwar memang seorang peliwat. Hari ini segala rahsia Anwar DAP pegang dan simpan elok-elok. Sampai masa Anwar jadi PM, maka DAP akan bongkarkan segalanya. Ketika itu Anwar didesak supaya lepaskan jawatan sebagai PM.
Jika Anwar letak jawatan, siapa akan jadi PM? Pastinya Timbalan akan mengambil alih pucuk pimpipan. Masih ingat dengan kebinet bayangan Pakatan Pembangkang? Dua kerusi TPM iaitu Hadi dan Lim Kit Siang.
Waktu ini, Lim Kit Siang akan kata "PAS hanya ada 60 kerusi parlimen manakala DAP ada 82 kerusi Parlimen". Logik akal, sudah pasti DAP lebih layak untuk ambil alih kerusi Anwar selaku PM Malaysia.
Mungkinkah sebab percaturan ini golongan ulamak dalam PAS sudah menghidunya? Segelintir ulamak PAS yang sayangkan agama Allah sedar permainan licik DAP. Mungkin atas faktor ini, risalah seperti gambar di atas disebarkan sewaktu muktamar PAS di Kota Bharu. Inilah perkara pelik yang berlaku dalam Muktamar PAS baru-baru ini.
Realitinya PAS hanyalah KALDAI kepada DAP.
PAS bukan lagi kaldai DAP, tapi anjing kurap DAP.
ReplyDeleteLangkah terbaik utk menyelamatkan PAS adalah dengan semua ahlul PAS turun mengundi BN pada PRU13 nanti. JIKA BN menang besar sudah tentu parti PAS akan terus hidup dan bolehlah ahli2 parti PAS merancang utk meneruskan perjuangan mereka.... Sebarkan perkara ini kpd penyokong PAS diperingkat bawahan.... Pemimpin PAS kat atas sekarang ni dah tak boleh pakai dah... ganti ajer dgn yg baru... yg pentingnya biarlah dikalangan ahli sunnah wal-jamaah dan bukan shiah.
ReplyDeleteKenapa kita terlalu membicarakan siapa PM diantara Anuar dan Hadi.Kedua-duanya memang tak layak dan tak ada peluang langsung untuk jadi PM.Buktinya dah banyak ditunjukan memang BN yang kekal memerintah dan dipimpin oleh Ds Najib.
ReplyDeleteKenapa kita terlalu membicarakan siapa PM diantara Anuar dan Hadi.Kedua-duanya memang tak layak dan tak ada peluang langsung untuk jadi PM.Buktinya dah banyak ditunjukan memang BN yang kekal memerintah dan dipimpin oleh Ds Najib.
ReplyDeleteAku sangat setuju dengan anon 7:09
ReplyDelete