About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, November 21, 2012

Gempar!! Pelakon Melayu Tanahair Mengaku Murtad?

 


Kesasatan dalam PAS kian terselah satu demi satu selepas PAS mula mendampingi DAP dan PKR. PAS suatu ketika dilihat parti yang memperjuangkan Islam kini menjadi tidak ada hala tuju yang konsisten.

Kafir mengkafir, dakwa orang lain murtad, doakan kehancuran sesama Islam sudah menjadi kebiasaan dalam parti PAS. Bagi mereka hanya PAS sahaja yang layak memasuki syurga milik Allah SWT.





 
Berikutan dakwaan oleh Nik Aziz Nikmat (Mursyidul Am PAS) UMNO parti yang murtad, Azhar Sulaiman yang juga seorang pelakon dan ahli UMNO bertanyakan kembali melalui facebook milik beliau macam mana untuk dia kembali kepangkuan agama Islam.

Nik Aziz dan Nik Razi perlu jawab persoalan yang Azhar Sulaiman timbulkan ini. Apakah kami semua yang merupakan ahli UMNO sudah terpesong akidah dan murtad sedangkan kami masih lagi berpegang pada 5 rukun Islam dan 6 rukun iman.

Kami percaya Allah satu-satunya tuhan yang disembah dan Rasulullah itu pesuruh Allah. Apakah kami masih dikira murtad?

Bagi kami, Quran atau qalamullah itu panduan hidup, dan setiap kali kami solat berkiblatkan kaabah bukanya sujud patung budha di Tumpat. Apakah kami di kira murtad wahai Nik Aziz.

Waktu mula-mula kami masuk UMNO, kami tidak disuruh untuk meninggalkan solat serta menduakan Allah. Kami hanya perlu isi borang UMNO dan hantar ke pejabat telah melayakkan kami menjadi ahli UMNO. Kami tidak pernah dipaksa untuk mengangkat sumpah supaya meninggalkan suruhan Allah sewaktu didaftarkan sebagai ahli UMNO. Apakah kami dikira murtad wahai Nik Aziz?

Apakah dengan hanya menyokong PAS baru kami dikira orang Islam? Sujud pada kaki Nik Aziz baru melayakkan kami untuk perjuangkan agama Allah? Apakah hanya PAS sahaja yang mampu bawa kami masuk ke dalam syurga Allah walaupun kami tidak solat?

Terima kasih Nik Aziz kerana murtadkan kami. Insyallah kami semakin kuat untuk perjuangkan agama Allah melalui parti UMNO. Melintang patah membujur lalu. Biar patah sayap, kami akan bertongkatkan paruh. Kami yakin hanya UMNO yang mampu menegakkan bangsa untuk menjadikan muslim di Malaysia gah.
 

No comments: