About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, November 22, 2012

Alhamdulillah... Ini Faktor DAP Boikot #LYNAS.




Ratusan pekerja kilang Lynas memanjatkan doa syukur kepada Illahi kerna kilang Lynas akhirnya dapat beroperasi sekaligus membantu mereka mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Walaupun kilang ini mendapat tentangan daripada puak pembangkang terutamanya golongan Cina DAP, tetapi Allah jua menentukan segalanya.

Apakah ini menjadi faktor utama DAP ingin memboikot kilang Lynas? Kewujudan kilang Lynas berdekatan kawasan kediamana orang Melayu Islam telah membuka peluang rezeki yang banyak untuk mereka seperti gambar di atas. DAP mahu sekat peluang ekonomi orang Melayu?

Sehingga hari ini puak pembangkang yang kepalanya DAP tidak henti-henti menjalankan kempen anti Lynas. Boikot Lynas beerti kita tutup periuk nasi golongan gambar di atas. Kenapa perlu untuk DAP sekat ruang orang Melayu mencari sesuap nasi?

Aku bukan rasis. Aku tidak pernah boikot kedai-kedai Cina sebab mereka juga orang Malaysia. Tetapi tidak patut bila cina DAP cuba boikot Kilang Lynas yang rata-rata bangsa aku bekerja di situ.

DAP sepatutnya bezakan agenda politik dengan agenda ekonomi. Jangan kerana gilakan kuasa politik, periuk nasi bangsa Melayu cuba ditabur pasir. Kami bukan rasis. Kalau kami boleh membeli kuih pau di kedai cina kenapa DAP perlu sekat ekonomi bangsa Melayu?

Terima kasih Allah. Sesungguhnya dengan izinmu jualah kilang Lynas dapat beroperasi yang akhirnya bangsa Melayu beragama Islam dapat mencari sesuap nasi.

No comments: