Abby Abadi yang selama ini mengajak kawan-kawan supaya tinggalkan dunia hiburan dengan harapan supaya kawan artis dapat bersama beliau dalam perjuangan Islam yang sebenar. Bagi Abby dunia hiburan hanya melalaikan kita sebagai manusia biasa.
Setiap kali dalam ceramah PAS, Abby akan cakap yang dia amat bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari dunia hiburan yang melalaikan, bahkan Abby pernah juga menyindir kawan-kawan artis yang masih bergiat aktif dalam dunia seni tanahair.
Bagi Abby, dialah wanita yang paling alim atas muka bumi ini. Penghijrahan beliau dari dunia seni ke dunia politik telah membuatkan beliau terasa amatlah alim lagi warak. Abby dijadikan penceramah 15 minit untuk PAS bertujuan menarik orang hadir ke ceramah umum yang dianjurkan.
Persoalanya, betulkah Abby sudah meninggalkan dunia hiburan 100%? Benarkah dunia hiburan yang bagi Abby melalaikan ini telah dijauhkan daripada diri beliau? Atau Abby hanya bermain dengan kata-kata tetapi sebaliknya hati masih kepada dunia glamour?
Pagi ini aku printscreen salah satu tweet milik Abby yang mana Abby cuba promo cerekarama lakonan beliau yang akan ditayangkan. Cerekarama Alahai Emak Lakonan Abby dimainkan oleh stesyen Televisyen untuk tatapan masyarakat umum.
Apakah Abby masih makan royalti dari dunia yang melalaikan ini? Kenapa Abby masih beria-ia promo drama lakonan beliau pagi ini? Jawapanya!! Abby masih gilakan dunia glamour. Mungkin bagi Abby glamour di pentas ceramah PAS tidak berbaloi. Bukan sahaja mendapat dosa fitnah bahkan bayaran juga tidaklah seberapa. Ini anggapan aku la.
Buta Abby, janganlah nak menunjuk kononya kamu dah insaf atau meninggalakn dunia hiburan. Setiap kata-kata kamu itu pastinya akan memakan diri suatu hari nanti.
memang la...dah tak laku. Lagi pun dia dah habis puas barang terpakai.
ReplyDelete