Tuesday, October 9, 2012

Tony Puaka Dan Anwar Ibrahim Bercanggah Pendapat.

 

MP Pakatan Rakyat hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa undi untuk pembangkang adalah umpama undi untuk jutawan George Soros.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua juga berkata, Pakatan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros.

"Kami tidak ada hubungan apa-apa dengan George Soros. Kami tidak kenal George Soros," katanya.

Tambahnya, Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut, katanya.

Di atas merupakan petikan yang diambil dalam MeloyaKini.com. Gua menarik perhatian kita semua untuk melihat perenggan yang ke empat. Tony Puaka kata "Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut, katanya"

Bukankah ini sama sekali bercanggah dengan kata-kata Anwar Ibrahim dalam laporan Wall Street Journal.


"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (Anwar Ibrahim). Saya menyokong segala usaha untuk pertahankan keselamatan negara Israel (Anwar Ibrahim. Inilah kata-kata Anwar tercatat dalam Wall Street Journal. Tapi tiba-tiba Tony Puaka kata Pakatan tidak pula menyokong keselamatan negara Israel.

Kenyataan bercanggah ini menunjukkan pada kita semua bahawa, tidak ada satu pakatan yang kuat dalam kepimpinan pembangkang itu sendiri. Mereka kata Parti mereka parti Pakatan tetapi hakikatnya sentiasa bercanggah pendapat.

Selaku rakyat yang berfikiran rasional, kita harus sedar dengan permainan licik pembangkang ini. Mereka tidak lagi fikir tentang masa depan rakyat sebaliknya hanya impikan kuasa untuk memerintah negara.


No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.