Aku menyokong mana-mana pihak yang mahukan AES ini dikaji semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Aku juga menyokong segelintir pihak yang mahukan AES ini dilaksanakan.Persoalan di sini, siapa yang menyokong untuk di kaji semula dan siapa pula yang menyokong untuk dilaksanakan terus.
Kalau kita seorang pemandu kereta dan kita memang kaki pecut, sudah pasti kita akan minta kerajaan kaji balik AES dan kalau boleh kita mansuhkan sahaja AES ini.
Kalau kita pemilik syarikat dan orang yang makan komisyen dengan syraikat yang keluarkan kemera tersebut, sudah pasti kita mahukan setiap jalan kamera AES ini dipasang.
Jika kita mangsa kemalangan dan separuh lumpuh tubuh badan kita akibat dilanggar oleh kereta yang laju di atas jalanraya, kita akan sarankan kerajaan kuatkuasakan AES supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada orang lain.
Kalau kita ini merupakan kaki kereta yang suka simpan koleksi surat saman, kita akan pastikan AES ini tidak wujud di Malaysia.
Kalau kita kakitangan JPJ atau pegawai JPJ yang selalu kena ronda dan gemar makan rasuah atas jalanraya, kita tidak suka AES ambil alih tugas kita. Ini akan tutup periuk nasi haram kita.
Tapi kalau kita jenis pegawai JPJ yang mahukan kerja menjadi lebih mudah dan KPI surat saman setiap tahun capai target, AES akan membantu kita.
Jika kita manusia yang memang tidak berdisiplin atas jalanraya, suka naik laju, langgar lampu merah, AES bagaikan musuh ketat kepada kita.
Jika kita seorang pemandu yang berhemah, AES bagaikan boneka yang tidak akan menakutkan kita.
Aku tidak tahu aku tergolong dalam individu yang macam mana. Kadang-kadang aku juga suka naik laju sebab nak kejar masa. Kadang-kadang aku suka bawak slow sambil isap rokok dan layan radio.Kalau kena saman, aku bayar jer. kalau x suka kena saman, bawak slow.
Aku bukan apa. Kadang-kadang aku menyampah tengok kereta orang Singapore yang masuk Malaysia. Dia punya tekan.... Macam jet. Cuba korang bayang tiba-tiba langgar kereta korang dan akibatkan anak atau bini atau laki anda maut. Apa anda akan cakap? Hermmm...
Cuma ini pesanan aku pada kerajaan Barisan Nasional... sila dengar denyut nadi rakyat.. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bijak, daripada 222 kerusi parlimen yang ada, sila la buat undi angkat tangan dalam dewan parlimen. Tengok siapa yang sokong AES dan siapa tidak sokong. Lepas tu buat la keputusan.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.