“HUBBUL WATHAN MINAL
IMAN”
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum w.b.t.
“Hubbul Wathan Minal Iman” membawa pengertian, cintakan
tanahair sebahagian daripada iman. Pastinya ini menjadi tanggungjawab kita
sebagai khalifah Allah di muka bumi untuk menjaga serta mengharmonikan bumi
Allah Malaysia yang tercinta ini. 446 tahun usia tanah Melayu pernah dijajah
serta insiden pahit 13 Mei 1969 iaitu pergaduhan kaum yang membunuh banyak
nyawa biarkanlah ianya berlalu begitu sahaja. Jangan sesekali ada cubaan dari
kita untuk mengulanginya hanya kerana fahaman politik yang sempit.
Tanggal 31 Ogos 2012, Malaysia sekali lagi menyambut hari
kemerdekaan Negara yang ke 55 tahun. Sambutan tersebut bagi menceritakan kepada
generasi baru bahawa kita suatu ketika dahulu pernah menjadi hamba abdi kepada
kuasa besar seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Sambutan kemerdekaan
yang ke 55 tahun tersebut sepatutnya perlu berlaku dalam keadaan manusia
mensyukuri nikmat kemerdekaan yang Allah berikan kepada Malaysia.
“JANJI BERSIH” adalah agenda suatu pihak yang
menentang kerajaan menyambut hari kemerdekaan dengan cara mereka sendiri.
Mengenakan baju yang berwarna kuning serta berarak dan berkumpul di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos bagi menantikan detik jam 12.00 malam.
Mereka bersorak bagaikan manusia yang hilang akal. Sekali sekala terdengar
suara sumbang dari kalangan mereka yang mengutuk serta mencaci pihak berkuasa
yang menjaga kawalan keselamatan di sekitarnya. Mungkin ini cara mereka
sayangkan bumi Malaysia yang bebas dari penjajah. Tetapi amat memalukan kita
sebagai manusia yang berakal.
Tidak cukup dengan mencaci pihak keselamatan, mereka juga
memijak serta meletak gambar Najib Razak dibawah bontot sambil menanggalkan
seluar yang dipakai. Jemaah 69 tidak taksub kepada Najib,
tetapi tidak salah kita menghormati Najib Razak sebagai manusia yang juga
khalifah Allah seperti kita jua. Nilai murni tidak lagi ada dalam diri pengikut
“JANJI BERSIH” pada malam tersebut.
Jemaah 69 juga bimbang keadaan sesetengah pemimpin politik yang
berfahaman sekular. Mereka seolah-olah menyokong penuh tindakan pengikut “JANJI BERSIH” yang ingin menukar jalur
gemilang kepada Sang Saka Malaysia. Reka bentuk bendera yang mengikut contoh
Indonesia dan Singapura dikibarkan oleh mereka sewaktu perarakan “JANJI BERSIH” malam ambang merdeka 55
tahun di Dataran Merdeka. Mereka ini mula rakus dalam berpolitik hingga lahir
kesanggupan menukar bendera Malaysia dari Jalur Gemilang kepada Sang Saka
Malaya. Perbuatan mereka ini Jemaah 69 anggap sebagai tindakan
yang mengancam keselamatan Negara Malaysia.
Ratusan laporan polis telah dibuat oleh ramai pihak bagi
mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kepada individu yang memijak gambar
Najib Razak serta ingin menukar Jalur Gemilang. Namun Jemaah 69 melihat KDN
amat berhati-hati dalam mengambil tindakan. Jemaah 69 tidak menunding jari kepada KDN, kerana
mungkin mereka tersepit dengan keadaan situasi gerakan fahaman sekular dan
liberal mula tersebar di Malaysia. KDN mungkin bimbang insiden yang lagi teruk
akan berlaku jika tindakan keras diambil terhadap mereka ini, pada hemat Jemaah
69.
Justeru, Jemaah 69 ingin mengajak pembaca semua, sempena Hari
Malaysia yang bakal kita sambut pada 16 September ini, ayuh bersama-sama... kita nyalakan lampu kenderaan pada jam
10.00 pagi hingga 1.00 petang pada tarikh tersebut sebagai tanda kita menolak
tindakan pihak “JANJI BERSIH” yang memijak gambar Najib Razak serta ingin
menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaysia. Mungkin kita tidak
terdaya ingin menjatuhkan hukuman pada individu yang biadap tersebut atas faktor
menghormati undang-undang negara, tetapi paling tidak nyalaan lampu pada waktu
tersebut memberi gambaran jelas dan amaran kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab bahawa, masih ramai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air
bergelar Malaysia. Mohon untuk sebarkan kepada sahabat berdekatan anda maklumat
ini. “Hubbul
Wathan Minal Iman”
-Jemaah 69 Sayang Keamanan Bumi Allah Malaysia-
sila copy & paste
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.