Thursday, September 13, 2012

Janji Populis PKR Pancing Undi.


Aduh! Pihak Pakatan benar-benar terdesak kebelakangan ini. Ketandusan idea setelah gagal menawan pengundi muda (21-30) melalui kempen PTPTN yang memakan diri sendiri, kini Rafizi Ramli keluar dengan modal baru – tapi seperti biasa modal beliau lebih kurang sama dengan janji-janji Buku Jingga. Sedap didengar, dipakai jangan.

Strategi terbaru PKR dalam usaha memenangi undi pengundi-pengundi atas muda dan pagar pada PU13 adalah dengan menawarkan harga kereta yang lebih murah.

Jika seseorang berlawak seperti itu beberapa bulan lepas, kami mungkin menggaru kepala dan sekadar tergelak sahaja, namun Rafizi Ramli dan rakan-rakan nampaknya serius dalam hal ini.

Berhadapan dengan masalah-masalah dalaman yang telah meletakkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan leftenan-leftenan tertinggi beliau Azmin Ali dan Rafizi Ramli, kegagalan menyelesaikan pertikaian tentang hudud antara DAP dan PAS, ketidakupayaan atau ketidakrelaan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan seangkatan dalam membentuk sebuah kabinet bayang-bayang mahu pun sebuah manifesto yang mantap, dan kegagalan untuk menyerang polisi ekonomi kerajaan kerana ia sedang membawa pertumbuhan 5.4%, pendapatan per kapita yang lebih tinggi, dan pelaburan luar yang lebih banyak - apa yang boleh ditawarkan oleh PKR sebaliknya adalah: kereta-kereta yang lebih murah.

Ya, strategi pilihanraya PKR nampaknya cuba merasuah pengundi-pengundi atas pagar dengan satu janji kabur untuk kereta-kereta yang lebih murah. Memang sukar dipercayai, namun inilah hakikatnya.

Rafizi Ramli dari ayam tambatan tanpa haluan PKR telah mendakwa pembayar-pembayar cukai kerugian sekitar RM3.5 billion setiap tahun melalui Permit Kelulusan (AP) dan berkata bahawa jumlah ini sebaliknya boleh digunakan untuk menurunkan harga kereta.

Parti ini telah menjanjikan satu rombakan semula ke atas Dasar Automotif Negara (NAP) yang bakal melibatkan pemotongan duti eksais dan beban cukai tiga ganda ke atas kereta sekiranya ia berjaya mengusai Putrajaya.

Rafizi telah membentuk sebuah fatamorgana ekonomi daripada AP di sebuah persidangan akhbar pada hari Selasa lepas. Beliau melandaskan teori beliau di atas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir minggu lepas yang dilaporkan telah berkata bahawa penjualan AP kepada pembida tertinggi akan membuatkan harga setiap AP bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000.

"Sekiranya jumlah pengeluaran AP setiap tahun mencapai 70,000 seperti yang dianggarkan, negara ini dan rakyatnya akan kerugian sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang kini diterajui Datuk Mukhriz hanya mengenakan bayaran RM10,000 semasa AP diedarkan ... tanpa melalui proses tender terbuka," dakwa Rafizi.

Beliau berkata sebuah sistem tender terbuka untuk AP akan "membolehkan harga kereta turun naik berdasarkan pasaran terbuka," dan mendakwa bahawa ini akan memupuk persaingan antara penjual-penjual kereta untuk menawarkan harga-harga terbaik untuk masyarakat umum.

Ini adalah pemikiran ekonomi yang teruk, dan pemikiran politik yang lebih teruk lagi.

Pengiraan ekonomi Rafizi sangat lemah, kerana sebaik saja kesemua AP ditawarkan kepada pembida tertinggi, bekalan AP akan menjadi sangat tinggi sehinggakan pembida-pembida premium yang kini bersedia untuk mendapatkan AP akan berkurangan daripada jumlah RM50,000-RM60,000 yang diandaikan oleh Rafizi. Oleh yang demikian, anggaran beliau tentang kerugian RM3.5 bilion itu adalah sesuatu yang sangat dibesar-besarkan.

Keduanya, setiap negara pengeluar kereta mengenakan sekatan terhadap pengimportan kereta untuk melindungi industri automotif tempatan. Ini tidak hanya berlaku di Malaysia, Rafizi. Pergilah ke India, sebagai contoh, dan anda akan dapati bahawa wujud duti import sebanyak 102 peratus dan pengharaman ke atas import kereta-kereta terpakai.

Samada Rafizi suka atau tidak, harga kereta-kereta tidak akan "turun naik berdasarkan pasaran terbuka." Harga-harga kereta diatur dalam setiap pasaran kereta, samada di Amerika Syarikat mahu pun China.

Jadi apa yang ditawarkan oleh Rafizi kepada pengundi-pengundi hanyalah sebuah impian yang mustahil: Undi Pakatan Rakyat, dan anda akan hidup di dalam sebuah syurga kereta.

Atas sebab inilah politik di sebalik janji populis PKR sangat sinis.

Sepatutnya pihak pembangkang menawarkan polisi-polisi alternatif yang kukuh dan mampu memperbaiki pembangunan negara serta kehidupan harian rakyat jelata, dan bukannya menabur janji-janji palsu yang hanya berlandaskan perkiraan-perkiraan ekonomi yang tidak tepat.

Berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras tidak berminat untuk membeli kereta-kereta import yang mahal. Mereka hanya berusaha untuk menyara diri dan keluarga serta merancang untuk membuat keputusan-keputusan hidup yang lebih penting seperti memberi pendidikan kepada anak-anak dan juga membeli rumah sendiri.

Kerajaan Barisan Nasional sedang membawa perubahan yang besar dalam aspek-aspek ini, dengan pihak kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum, membawa perubahan-perubahan meluas dalam sektor pendidikan, dan menawarkan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki.

Pakatan pula sebaliknya hanya sibuk memanjakan golongan minoriti kecil yang mahukan kereta-kereta import, lantas cuba untuk menggula-gulakan golongan ini dengan penurunan harga kereta-kereta.

Siapa sebenarnya yang ingin dibantu oleh Pakatan dengan janji kereta murah ini? Sudah pastinya bukan orang kebanyakan.

Kita orang berilmu jangan termakan dengan janji dan polisi populis Pakatan Rakyat. Polisi-polisi yang diketengahkan setakat hari ini cuma berdasarkan andaian ahli politik semata, dan tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana pakar ekonomi dunia.

Ketika bandaraya-bandaraya lain di dunia berlumba-lumba untuk menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam, Pakatan pula galak menyuruh orang membeli kereta. Sekiranya lebih banyak kereta di jalanraya kerana harga murah, apa Rafizi ingin lakukan bila kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol yang mencanak naik? Memang sah Rafizi dan Anwar sedang merancang menuju bankrap untuk negara kita.

Rafizi dan rakan-rakan harus bangkit dari lena yang panjang dan sedar bahawa pihak Pembangkang harus memperbaiki diri secepat mungkin. PU13 sudah menghampiri, dan sekiranya apa yang boleh dijanjikan oleh Pakatan hanyalah kereta-kereta yang lebih murah sambil mereka masih degil bertelagah tentang hudud, keputusan pilihanraya barangkali sudah boleh diketahui sebelum hari pembuangan undi lagi.

1 comment:

  1. Bro, cuba bagi sikit bukti harga kereta di US tidak turun naik berdasarkan free market? Kerajaan sana lagilah protective dan pernah bail out the Big Three, tapi takde pulak kenakan cukai kereta tak terjangkau dek akal. Mereka lindungi the Big Three, tapi not at the expense of taxpayers.

    Bro, golongan yang bersetuju dengan harga kereta lebih murah bukan sedikitlah. Jika bro rasa bertanggungjawab, cuba tayang sikit borang income tax LHDN tahun lepas?

    ReplyDelete

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.