Thursday, September 27, 2012

ANCAMAN IFC DAN PLURALISME TERHADAP ISLAM


Gerakan Pluralisma Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia. Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ianya boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul. Analoginya pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC(Interfaith Commission).

IFC ini merupakan satu Suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagi badan berkanun yang mempunyai kuasa undang undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama akibat desakan agama lain. Ia boleh berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau satu badan berkanun seakan akan satu badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan aduan khususnya yang berkaitan dengan agama. Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultive Counsil Of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism melalui memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS iaitu V. Harcharan Singh kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.

14 Tuntutan IFC

1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalama kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteeri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang - orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia sepatutnya dibenarkana kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12. Program program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing masing.

13. Orang orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

ANCAMAN UTAMA IFC TERHADAP ISLAM

1. membuka ruang seluas luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan Undang Undang Allah perlu tunduk kepada norma norma Antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejahkan akidah.

3. Orang orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh nabi Muhammad S.A.W. Kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya kan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal mengugat Keselamatan Negara.

SEBARKAN

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.