Monday, July 2, 2012
Penganjur Rusuhan #BERSIH Terima Ugutan Bunuh?
SHAH ALAM - Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S. Ambiga menerima kiriman emel ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya, kelmarin.
Difahamkan, kandungan emel tersebut memaparkan dua nama lelaki yang diupah, dipercayai untuk membunuh beliau.
Menurut sumber, kiriman itu dihantar kira-kira jam 5 pagi dan disedari Ambiga pada jam 1 tengah hari melalui telefon bimbitnya.
"Bimbang dengan keselamatannya, laporan dibuat di Balai Polis Travers pada hari kejadian.
"Dipercayai, pengirim menggunakan nama kumpulan gengster bagi menakutkan beliau," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.