Islam adalah agama suci Allah SWT, manakala PAS hanyalah parti politik ciptaan manusia itu sendiri. Pasti wujud perbedaan yang amat jauh antara PAS dan Islam. PAS sama sahaja dengan parti yang lain, baik UMNO, DAP atau PKR. Matlamat sebuah parti di Malaysia ini hanya satu iaitu untuk menang setiap kali PRU 13.
Tetapi bila bercakap soal PAS, sudah pasti pengikut tegar mereka akan kata, hanya PAS yang mampu menjadikan Malaysia ini negara Islam. Tetapi itu dulu, sekarang PAS sudah tukar kepada negara kebajikan. Siapa yang menjaga kebajikan rakyat selama 55 tahun merdeka? Mungkin anda mampu berfikir sendiri.
Kalau benar hari ini PAS masih konsisiten untuk wujudkan negara Islam, apakah mereka mempunyai kemampuan selagi bernaung di bawah DAP anti Islam? Mustahil dan amat ajaib sama sekali PAS mampu menegakkan negara Islam bersama DAP yang secara total menolak Islam. PAS juga pasti akan gagal untuk mewujudkan dasar negara Islam jika berdiri sendirian kerana PAS akan bertanding hanya 60 kerusi sahaja pada PRU yang akan datang, sedangkan untuk menjadi pemerintah negara Malaysia memerlukan kemenangan 112 kerusi parlimen.
PAS Jadi Kuda |
PAS terus membohongi rakyat dan pengikut yang selama ini menganggap PAS adalah parti yang diturunkan oleh Allah. Dalil al-Quran selalu diguna pakai oleh pemimpin PAS sewaktu di atas pentas ceramah yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat kononya mereka ini Islam yang sejati. PAS hanya parti biasa dan bukanya agama. Ustaz Kazim Elias ada mengulas lanjut tentang slogan PAS "Sokong Islam Anda Selamat".
Terbaik Ustaz Kazim Elias. Paling tidak pengikut tegar PAS dapat berfikir dua kali untuk PRU13 nanti. Kalau benar mereka sayangkan agama Allah iaitu Islam, pilihlah pemerintah yang benar-benar berani menjaga Islam bukanya pemimpin yang melihat di mana ada untung mereka sanggup lacurkan agama suci Allah. Sekali lagi gua ulang, PAS hanya parti dan Islam adalah agama Allah.
-Allah Bersama Pejuang UMNO-
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.