Hudud Bukan Untuk Ceramah Politik. |
KUALA LUMPUR 1 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor
menggesa Johor menjadi negeri pertama di negara ini bagi melaksanakan
hukum hudud.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, beliau mahu Johor melaksanakan
hukum hudud yang sebenar (berbeza dengan hudud Pas) bagi mendahului
negeri- negeri lain.
"Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara dan bukan
seperti dakwaan Pas yang hukum hudud hanya untuk umat Islam sahaja,"
katanya.
Menurut Ayub, hukum hudud Kelantan di bawah Kanun Jenayah Syariah II
tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar serta boleh menimbulkan
diskriminasi diantara orang Islam dan bukan Islam.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pas untuk menyokong cadangan
pelaksanaan hukum hudud walaupun ia disuarakan oleh pihak Umno jika
mereka ikhlas ingin memperjuangkan Islam.
Tambah Ayub, sebagi langkah awal, Johor perlu memberi kefahaman lengkap
kepada orang bukan Islam mengenai pelaksanaan hukum hudud.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.