Keluarga arwah |
Dari blog Kamaluddin's;
ALOR SETAR: Bekas Ketua Wanita Umno
cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah
di rumahnya di kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail
Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh
suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah
mereka kira-kira 9.20 malam.
Beliau berkata polis masih menyiasat
motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika
kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui.
Katanya, ketika kejadian mangsa
berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak
kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.
Sementara itu, Mee berkata beliau
menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah semasa pulang ke rumah
selepas menunaikan solat Tarawih di surau.
“Waktu tu arwah penuh darah tapi boleh
bercakap lagi, dia bagi tau ada seorang lelaki tikam dia. Kemudian saya
minta tolong jiran bawa arwah ke hospital Sik,” katanya ketika ditemui
di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Sabtu.
Katanya, dia dan arwah hanya mempunyai
seorang anak perempuan berusia 46 tahun yang telah berkahwin dan tinggal
bersama suami di Sungai Petani.
Mee berkata terdapat kesan pecah masuk
di pintu belakang rumahnya namun tiada barang berharga yang hilang
termasuk barang kemas yang dipakai arwah isterinya.
Menurut Mee, isterinya seorang yang
sangat mengambil berat tentang hal masyarakat dan mempunyai hubungan
yang baik dengan orang-orang kampung.
“Arwah tinggal seorang diri di rumah
waktu saya pergi sembahyang tarawih malam tadi sebab dia tak sihat sejak
kena sakit penat (asma) beberapa tahun lepas,” katanya.
Al-Fatihah buat arwah.
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.