Filem Tanda Putera yang digarap baik oleh Suhaimi Baba ini bakal ditayangkan tidak lama lagi. Membawa cerita sejarah hitam negara Malaysia iaitu insiden 13 Mei 1969 bukanya satu kerja mudah bagi pengarah yang berpengalaman ini. Mungkin filem ini bakal menyentuh sedikit sebanyak hati dan perasaan mana-mana pihak. Namun menjadi satu tanggungjawab untuk rakyat Malaysia tahu apa sebenar yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Hari ini anak muda amat payah untuk mendalami sejarah sesebuah negara sendiri. Kebanyakkan Anak muda lebih gemar mencari hiburan berbanding membaca bahan ilmiah samada sejarah mahupun sains. Langkah bijak Suhaimi Baba kombinasi hiburan dan sejarah paling tidak mungkin mampu menarik golongan muda untuk mengikuti sejarah 13 Mei 1969.
Bukan satu kerja yang mudah untuk kita menceritakan semula pergaduhan kaum yang pernah berlaku di negara Malaysia. Namun, mahu tidak mahu ianya perlu dipertontonkan kembali agar kita tidak mengulanginya untuk kali kedua. Bagaimana pada 13 Mei 1969, Cina bunuh Melayu dan Melayu bunuh Cina akan diceritakan dalam filem Tanda Putera ini.
Lim Kit Siang Pencetus 13 Mei 1969 |
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.