Breaking News!!! Mahu Gulingkan Kerajaan. Pasangan Serang JPM Guna Pedang Samurai.
PUTRAJAYA
- Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang
lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa
pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu
bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok
pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua
Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari
bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala
pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk
rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN
bodoh.....
ReplyDelete