TV3 Jadi Mangsa Fitnah Pembangkang. |
Walaupun telah cuba beberapa kali, dengan pelbagai rekayasa atau fitnah, ternyata pembangkang masih gagal untuk menjatuhkan kredibiliti Datuk Najib serta keluarga. Najib dan keluarga cuba dilondehkan oleh pembangkang dengan fitnah yang begitu dasyat sehingga ada yang sanggup dibayar oleh pembangkang untuk membuat fitnah. Gagal dalam usaha mensabitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya, pembangkang cuba burukkan Rosmah dengan cincin berharga RM24 juta. Namun ianya tetap gagal dan pembangkang burukkan imej anak Najib dengan isu shopping di negara luar dengan nilaian wang yang begitu tinggi. Namun usaha itu terus menemui kegagalan, dan mereka pula melemparkan fitnah ke atas bakal menantu Najib kononya ada kes penipuan dan menjadi buruan interpol. Tetapi terus Gagal! Gagal! dan Gagal!.
Lagi fitnah pembangkang |
Terbaru, pembangkang terus menyerang Rosmah dengan fitnah yang amat jahat sekali. Rosmah yang dijemput dalam satu siaran TV3 iaitu Wanita Hari Ini atas tiket Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia diserang oleh media pembangkang.
Media pembangkang telah "edit" gambar Rosmah yang asal seperti gambar 2 kepada gambar 1. Mereka cuba memburukkan imej TV3 yang kononya menyiarkan nama Rosmah sebagai jawatan Perdana Menteri.
Usaha dan fitnah pembangkang ini walaubagaimanapun terus gagal apabila media pro BN berjaya membuktikan perkara yang sebenar baca sini. Apakah hanya dengan cara menfitnah begini pihak pembangkang ingin merampas Putrajaya? Apakah PAS yang kononya sebagai parti Islam terlibat sama dalam usaha menyebarkan fitnah ini.
Hari ini rakyat tidak lagi bodoh. Perkembangan media baru yang sukar dikawal menjadikan maklumat yang tersebar penuh dengan kepalsuan dan sebagai rakyat yang bijak, mereka akan menilai terlebih dahulu tentang berita yang mereka dapat.
Apapun tahniah buat blogger dan cybertrooper pro BN yang begitu efektif dalam menangkis segala fitnah yang disebarkan oleh media anjing pembangkang. Yakinlah yang Allah sentiasa di pihak yang benar. Biarlah mereka terus menfitnah kepimpinan kita asalkan kita terus menyampaikan berita yang benar.
media pembangkang memang bodoh. macam sial jer.. x der modal nak jatuhkan Najib. Video Anwar depe x percaya plak.
ReplyDeleteBiarkanlah diorg.... Fitnah jadi makanan asas media pembangkang. Sebab itu media deme laris. Manusia lebih cenderung membaca berita bohong.
ReplyDeletehai la ade lagi monyet BN rupanya.... mesti keluarga korang pun makan hasil haram rasuah kan ... patut la mcm haram jadah
ReplyDelete