Thursday, June 21, 2012

Tweet Rafizi Ramli Letak Jawatan Dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.



Nampaknya usaha Anwar Ibrahim dan Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Gagap semakin berjaya. Setelah isu skandal Azmin Ali dengan wanita di dalam tandas baru-baru ini dikatakan ada perkaitan dengan Khalid Gagap, nampaknya game semakin panas. Hari ini Rafizi pula mengumumkan letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Perkiraan gua cukup mudah bagaimana untuk jatuhkan Khalid Gagap dari terus menjadi MB Selangor.

1.Rafizi Ramli berkata kepada umum yang UNISEL mampu bagi pendidikan percuma kepada pelajar sehingga memaksa Khalid Gagap hampir menjual asset UNISEL.

2. Rafizi amat berharap agar Kerajaan BN menarik PTPTN terhadap pelajar UNISEL.

3. Rafizi menasihat Khalid Gagap supaya beliau menjual aset UNISEL dan menggunakan wang tersebut bagi menampung yuran pelajar UNISEL.

4. Tindakan Khalid Gagap hampir menjual aset UNISEL menunjukkan kebodohan tindakan seorang MB yang terpaksa menjual aset semata-mata untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

5. Nasihat Rafizi ini telah menjadikan Khalid Gagap pening lalat untuk membuat keputusan.

6. Rafizi letak jawatan dan Khalid Gagap akan terkapai-kapai untuk menguruskan ekonomi Selangor.

7. Bila Khalid dilihat gagal, maka Azmin Ali dilihat orang yang layak menggantikan beliau.

8. Azmin Ali akan ketawa dan berkata " siapa suruh sebar gambar skandal aku". Ha Ha Ha.

No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.