Sebenarnya cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah. Dan
yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah
diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan
bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO
yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan
Pakatan Rakyat.
Seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN
telah menghubungi KEDAHAN69ERS.COM dan meminta untuk membuat pendedahan
berhubung Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas
merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan
Masyarakat dengan Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco
Belia dan Suka, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan.
Menurutnya, kemelut dan kontroversi
berhubung Siti Aishah Abdul Ghani sebenarnya tidak pernah selesai. Siti
Aishah yang lebih dikenali sebagai USTAZAH AISHAH sebelum ini dikaitkan
dengan hubungan sulit dengan bekas pemandunya dan merupakan seorang BALU
semenjak November 2010.
Namun pada masa yang sama, Siti Aishah katanya lagi, turut
menjalinkan hubungan dengan Hamdan Che Khalib. Hubungan sulit
kedua-duanya semakin serius dan telah diketahui oleh pimpinan PAS
Negeri, ADUN dan Exco. Kedua-duanya kerap berdua-duaan di bilik pejabat
Exco.
Bimbang isu tersebut bakal meletup, khususnya menjelang PRU13, pada
April 2012, sejurus sebelum Mesyuarat Exco, Menteri Besar Kedah, Azizan
Abdul Razak telah memanggil kedua-duanya bertemu di dalam pejabat
Menteri Besar. Setelah ditanya, akhirnya kedua-dua Exco tersebut
mengakui, mereka memang telah menjalinkan hubungan sulit seperti yang
didakwa.
Sebagai orang tua yang mahu menjaga air muka kedua-dua Exconya itu,
Azizan Abdul Razak akhirnya menasihatkan kedua-duanya agar bernikah bagi
mengelakkan sebarang tohmahan selain menjaga imej parti.
Berita ini bagaimanapun, disenyapkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS
Kedah yang masih meraikan 'kejayaan' mereka mengumpulkan ahli-ahli PAS
di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu.
Walau bagaimanapun, kalaulah benar seperti yang diceritakan oleh ADUN
PAS berkenaan, KEDAHAN69ERS.COM mengucapkan tahniah dan SELAMAT
PENGANTIN BARU kepada Siti Aishah Abdul Ghani dan Hamdan Che Khalib,
sekaligus segala cerita buruk yang serba mengaibkan akan terpadam dan
berlalu.
-Bertudung Belum Tentu Anda Baik-
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
* Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
* Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
* Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
* Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
* Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
* Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
* Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
* Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
* Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
* Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah
.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
-Bertudung Belum Tentu Anda Baik-
ReplyDeleteKata-kata diatas mungkin perlu ditukar kepada :
"Orang yang baik semestinya menutup aurat", kerana baik bukan sahaja dari konteks dgn manusia tapi juga hubungan dengan Allah swt.Sesiapa yang tidak menutup aurat adalah merupakan orang yang tidak patuh suruhan Allah SWT.Menutup aurat bukan pilihan tapi adalah kewajipan dan semestinya tiada kompromi dalam melaksanakan hukum Allah SWT.
inilah kalau jahil pun nmpak mcm baik.. baik saja x cukup kalu x cerdik.. sorry..
ReplyDelete