Wednesday, June 20, 2012

Ahli Akademik Arab Saudi Sindir PAS Tentang Hudud.

Pandangan Orang Berakal

"Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihanraya maka tujuanya bukan kerana Allah tetapi mencari keredhaan pengundi."

Ayat di atas bukan gua sebagai penulis murahan yang keluarkan tetapi ianya datang dari seorang ahli akademik yang sudah pasti mempunyai ilmu yang tinggi. Apakah ini satu sindiran yang pedas buat pemimpin PAS. Mereka yang selama ini menjadikan hudud sebagai bahan kempen pilihanraya di atas pentas ceramah sudah pasti akan marah kepada Ahmad Hamad Al-Jilani.

Tapi apapun gua pasti yang juak PAS akan cakap UMNO upah Ahmad Hamad untuk keluarkan kenyataan tersebut. Tidak pun pasti juak PAS tengah berusaha mencari berapa nombor keahlian UMNO Ahmad Hamad. 

22 tahun PAS memerintah Kelantan, isu hudud tidak pernah selesai. Mereka akan canang di atas pentas ceramah kononya kerajaan pusat menghalang kerajaan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Bukankah dalam perlembagaan persekutuan undang-undang syariah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya tidak perlu timbul kerajaan persekutuan menghalang mereka. Hal ini kerana mereka punyai kuasa yang mutlak untuk laksanakan hudud. Tetapi PAS hanya membohong rakyat selama ini.

PRU13 mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Yakinlah, bahawa PAS akan sekali lagi gunakan hudud untuk memancing undi rakyat. Benarlah kata Ahmad Hamad bahawa PAS bukan nak buat hudud kerana Allah tetapi semata-mata untuk menang PRU13. Jika benar PAS ikhlas, sudah pasti hudud terlaksana di Kelantan.

-PAS Sesat Dalam Perjuangan-

Anwar Ibrahim Punca Kesesatan PAS Yang Semakin Melampau

2 comments:

  1. PAS parti yang tidak pernah konsisten dlm perjuangan. PAS hanya berselindung disebalik pakaian yang menutup segala aurat tetapi hati busuk.

    ReplyDelete
  2. tokguru. PAS mesti akan cakap, Ahmad Hamad ni ada pertalian darah dengan Datuk Najib. ahahahaha

    ReplyDelete

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.